Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Taubat ertinya meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakan kerana Allah S,W.T. Kemudian berusaha untuk tidak mengulangi.
Bagaimana mahu mengukur yang diri kita benar- benar sudah bertaubat. Orang yang benar- benar sudah bertaubat, akan sentiasa merasa diri masih lagi berdosa. Air mata senang saje mengalir tanpa dibuat- buat bila bersendirian atau dikhalayak ramai. Kerana takutkan azab Allah akan dosa- dosa silam.
Yang ke dua, hati lebih tenteram, suka mendekatkan diri dengan orang soleh, kuat agama, orang yang baik dan orang yang menjaga amal ibadahnya.
Lebih gembira berkawan dengan orang yang berilmu dan beramal soleh, berbanding dengan orang yang suka membuat perkara maksiat dan melalaikan.
Dirinya sentiasa sibuk menunaikan kewajipan terhadap Allah. Tidak terlalu ghairah menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
Sentiasa menjaga lidah dan ucapan dari berkata hal yang yang sia- sia. Lebih banyak berkata hal yang baik dan bermanfaat.
Wallahu'alam..
Apa yang dirasa, muhasabahlah. Dapatkah kita simpulkan sejauh mana keikhlasan sendiri? ini hanyalah garis panduan. Berusahalah untuk mendapat keampunan dan keredhaan Allah. Bukankah Allah itu maha Pengasih dan Maha Penyayang? sesungguhnya Allah sedang merindui rintihan taubat dari kita hambanya. Pulanglah..pulanglah kepangkuan Allah S.W.T. Sesungguhnya tiada yang menunggu kecuali nikmat syurga nan abadi.
Moga Allah Redha, Moga Allah Sayang

Comments
Post a Comment