Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Tips Keselamatan Di Rumah Untuk Bayi 3-5 Bulan

Teks: Zanariah Kamal Foto: Koleksi peribadi Bismillah... Assalamualaikum.. Teruja pagi ni macam saya ni ada anak kecil pulak. Sebenarnya saya suka tengok dan ambil tahu perkara yang berkaitan dengan anak. Anak saya dah besar sekarang lebih kepada tambah ilmu nak mendidik mereka saja. Semalam adik lelaki saya, bagitahu anaknya yang berumur 4 bulan dah pandai merangkak. Boleh dikatakan aktif. Maklumlah anak lelaki, faham- faham jelah. Tak terkecuali juga ada anak perempuan yang lasak. Mereka semua dalam proses belajar.  Jadinya isteri adik iaitu adik ipar mendapat idea buat projek ini untuk anaknya bermain dan tidur di situ. Emmm....saya cakap kat adik idea yang baik juga. Katanya modal beli barang RM100. Kalau upah orang buatkan RM200 lebih. Tapi adik buat sendiri je. Orang kata DIY lagi puas hati, jimat belanja. Lagipun bukan susah sangat pasang skru je.  Bila anak dah duduk di dalam, takdelah penat mengejar, mengangkat anak. Anak leka bermain di dalamj.

Cipta Satu Ruangan Untuk Catatan Perihal Anak

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah.. entri ringkas sahaja hari ini. Saya rasa ingin wujudkan satu ruangan untuk catatkan kisah anak-anak saya. Kolum diberi nama Permata Hati Ummi. Mungkin anak-anak saya akan melihat semula gambar kenangan atau apa saja aktiviti mereka masa kecil hingga mereka besar. Segala aktiviti anak akan saya rakamkan di situ. Bukan apa, saya pernah kehilangan handpone. Segala yang terakam dalam handpone tidak dapat di lihat kembali. Zaman kanak- kanak mereka yang kami rakam hilang begitu saja. Saya terkilan sangat. Rindu dengan keletah mereka. Moga usaha saya berjaya dan bermanfaat untuk kami. Sekian.. terima kasih..

Anakanda Afiq Masuk Asrama

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang barokah. Suasana pagi yang ceria. Alhamdulillah mood pagi penuh dengan semangat. Penuh dengan aura positif. Caj- caj positif bertebaran dalam rumah kami. Setelah melalui fasa ketegangan semalam, semuanya kembali baik pagi ini. Syukur Alhamdulillah. Bangun pagi terpandang pokok hiasan cukup menenangkan. Rumah terasa agak sunyi, sebab ketiadaan abang long. Anakanda Afiq yang kami kasihi sudah tinggal di asrama. Maafkan ummi dan ayah, jika niat ummi ayah ini tidak menyenangkan hati dan perasaan abang. Ummi kuat abang mesti kuat. Ummi tahu suatu hari abang akan terbaca catatan ummi di sini.  Bukan niat ummi untuk berbangga atau apa saja yang tidak baik untuk abang. Semuanya ada sebab kenapa abang perlu ke sekolah ini dan tinggal di asrama. Bukan mudah untuk ummi lepaskan abang begitu saja. Bukan ummi tiada perasaan, semuanya itu adalah yang terbaik untuk abang. Memang benar, orang kata duduk di rumah juga b

Resepi kuih bingka pandan sedap

Teks ; Zanariah Kamal Foto ; koleksi peribadi Bismillah.. Alhamdulillah.. hari ini cuba menaip setelah agak lama tak pegang keyboard komputer. Rupa-rupanya keyboard ni dah banyak yang tak keluar huruf. Butang SHIFT tak boleh tekan. Macam-macam lagi masalah timbul. Gara-gara anak bujang asyik main game di komputer masa cuti hari tu. Hari ini saya hanya nak kongsi resepi yang saya pernah buat dan menjadi. KUIH BINGKA PANDAN homemade. Permintaan  Afiq anak sulong saya. Sanggup tawarkan diri nak pergi kedai cari bahan untuk buat kuih. Badan masa tu terasa penat sangat sebab sesi persekolahan dan bermula. Namun saya gagahkan jua membuat kuih bingka hijau. Orang kata pun masak dengan kasih sayang. Hasilnya pun memuaskan sekejap saje habis. Alhamdulillah, puas hati bila semua suka makan. Resepi ini ringkas saja satu jam dah boleh makan. BAHAN2 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula 3 biji telur 500 ml santan 200ml air pandan  pewarna hijau secubit garam sedikit bijan untuk hias

Resepi Puding Susu Buah-Buahan Sedap Tanpa Telur

Teks Zanariah Kamal Foto: koleksi peribadi   BISMILLAH... Alhamdulillah, percubaan membuat puding susu buah-buahan menjadi. Saya catatkan di blog senang di rujuk semula, mungkin bila puteri saya yang seorang dah besar dan nak memasak boleh lihat di blog umminya ini. Puding ini saya buat tanpa menggunakan telur. Memang saya tak suka bubuh telur dalam manisan. Resepi Puding Susu Buah-Buahan   Bahan-bahan ( 1 loyang besar )   * 1 paket serbuk agar-agar (11 gm) * 4 cawan air * 1/2 tin susu cair * 1 cawan gula * 2-3 sudu besar tepung kastad * 1 tin fruit cocktail Cara - Cara Membuat :   M asak agar2 dengan air dan gula hingga larut. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan tepung kastad. dan fruit cocktail bersama airnya. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Roti bawang putih cicah mushroom soup paling mudah!

Teks : Zanariah Kamal Bismillah... Makan , makan, makan.. Setiap hari fikir menu untuk keluarga. Terasa anak- anak makin membesar. Kalau dulu masak nasi 1 setengah cawan boleh makan untuk malam sekali. Tapi kini, dah bertambah 2 cawan hingga 3 cawan untuk tengahari sahaja. Minum petang pula lain. Pukul 4 petang je, pasti ada yang bertanya takde kuih ke ummi. Biasanya saya akan buat cucur, puding, kek, pengat. Tapi hari ni saya teringat nak buat roti bawang putih atau nama omputehnya garlic bread. Kebetulan ada stok cendawan sup segera. Untuk roti, saya guna roti gardinier.  Resepi untuk roti tu senang je, Bahan2 Roti gardenier Planta Bawang putih cincang Italian herbs ( jika ada) Bakar hingga perang Mushroom soup guna yang segera je..  Tambahkan 1 cawan air dalam periuk dan tuang perencah mushroom maggi, panaskan ... Bila dah siap bolehlah hidang dan makan dengan garlic bread tadi. Simple dan mudah.. Anak- anak pasti suka. 

Jenguklah ibu bapa kita walau seketika!

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur atas nikmat kesihatan, kasih sayang suami dan anak- anak , emak abah dan adik-adik. Dikelilingi teman- teman yang positif dan baik hati. Semua ini adalah satu nikmat yang sangat berharga sekali buat diri saya. Hujung minggu sempat pulang ke kampung menjengah emak abah dan mertua. Saya rasa lapang dan tenang sekali bila dapat tengok wajah mereka. Walaupun hanya seketika. Kesibukan dalam urusan kerja dan keluarga membuatkan kita jarang dapat menatap wajah ibu bapa kita. Sesekali bertemu betapa redup matanya dan kulit pun nampak jelas garis- garis kedut. Aduh! Sayu hati ini. Inilah dia ibu, yang menyuap makan ke mulut kita, berjaga malam ketika kita sakit sewaktu kita kecil. Memang kelihatan tenaga pun makin lemah. Namun semangatnya kuat.  Ya Allah, jadikanlah aku anak yang selalu dapat berbakti pada kedua ibu bapa. Teringat, mata- mata inilah yang tidak tidur malam kerana karenah anak- anak.

Tips Mengemas Dapur Comel Anda

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Tugasan mengemas dapur sesuatu yang perlu di titik beratkan. Walaupun ia sesuatu yang sukar, namun itu bukan alasan untuk tidak membersihkan ruang dapur. Memang ia  tugasan yang memenatkan apatah lagi jika kita mempunyai anak yang ramai. Dapur merupakan tempat paling lama kita beroperasi.  Jika dapur selalu digunakan, rutin mengemas mesti dilakukan lebih kerap lagi. Namun begitu,  terdapat beberapa cara asas yang boleh kita lakukan  untuk membantu meringankan beban kerja. Antara tips yang saya jumpa di majalah Midi saya kongsikan di sini. Bermanfaat juga untuk kita praktikkan tidak kiralah besar mana dapur kita. Pastikan ianya bersih dan kemas Tips 1 Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan.  Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan.  Masukkan kesemua barang tersebut  ke dalam satu kotak.  Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan

Tips urus rumah tangga nampak kemas dan bersih

Teks: Zanariah Kamal Foto : Hiasan Agaknya apa yang saya nak kongsi hari ini. Sebenarnya saya baru siap melipat kain baju yang bertimbun. Baju baru keluar dari bag balik kampung, baju yang sedia menunggu yang belum berlipat sebelum balik kampung bercuti. Semuanya berlonggok macam bukit jantan. Bayangkanlah, kalau tak mulakan melipat sampai bila- bila berserabut rumah.  Itu belum termasuk mainan anak yang bersepah. Lagi memeningkan kepala. Pernah tak masuk rumah orang yang kemas dan rapi, terasa nak buat cam tu bila balik rumah sendiri. Mulalah rajin mengalih, menyusun apa yang patut. Sekejap je rajin, lepas tu jadi balik macam tongkang pecah. Agaknyelah apa rahsia rumah mereka nampak kemas dan bersih. Pada pendapat saya yang penting cara kita urus masa kita. Dan yang ke dua sikap kerjasama semua ahli dalam rumah. Yang ke tiga disiplin anak- anak dan juga semua ahli dalam rumah. Yang ke empat ada rasa bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan rumah dari semua pihak.

Menu Ringkas Untuk Bento atau Bekal Untuk Anak Ke Sekolah

Teks: Zanariah Kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah... Anak- anak akan mulakan sesi persekolahan tak berapa lama lagi. Saya rasa semua ibu- ibu ada niat nak sediakan makanan untuk BEKAL atau nama up to date sikit BENTO.  Masih ada masa lagi nak pergi beli stok untuk seminggu atau dua minggu, mungkin juga sebulan. Biasanya untuk sarapan pagi menunya saya buat yang ringkas dan mudah nak sediakan. Tak perlu lama- lama kat dapur. Paling ringkas selalunya makanan yang berasaskan roti. Yang ke dua ringkas cereal atau koko crunch dan roti gardenia petisa coklat dan vanila je.Tapi pada tahun ni azam lebih baik sikit semangat nak sediakan bekal anak pagi- pagi. Maklumlah tahun lepas tak berapa berjaya misi buat bekalan anak- anak. Kesian anak- anak makan kuih atau nasi lemak je yang  dibeli di kantin sekolah. Saya dah siapkan senarai menu untuk sebulan. Insya Allah jadi lebih mudah sebab saya akan siapkan bahan asas awal- awal dan di bekukan. Menunya simple semuanya maka