Skip to main content

Anakanda Afiq Masuk Asrama

Teks: Zanariah Kamal



Bismillah..
Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang barokah. Suasana pagi yang ceria. Alhamdulillah mood pagi penuh dengan semangat. Penuh dengan aura positif. Caj- caj positif bertebaran dalam rumah kami. Setelah melalui fasa ketegangan semalam, semuanya kembali baik pagi ini. Syukur Alhamdulillah.

Bangun pagi terpandang pokok hiasan cukup menenangkan. Rumah terasa agak sunyi, sebab ketiadaan abang long. Anakanda Afiq yang kami kasihi sudah tinggal di asrama. Maafkan ummi dan ayah, jika niat ummi ayah ini tidak menyenangkan hati dan perasaan abang. Ummi kuat abang mesti kuat. Ummi tahu suatu hari abang akan terbaca catatan ummi di sini. 

Bukan niat ummi untuk berbangga atau apa saja yang tidak baik untuk abang. Semuanya ada sebab kenapa abang perlu ke sekolah ini dan tinggal di asrama. Bukan mudah untuk ummi lepaskan abang begitu saja. Bukan ummi tiada perasaan, semuanya itu adalah yang terbaik untuk abang.

Memang benar, orang kata duduk di rumah juga boleh berdikari dan berdisiplin. Tapi mampukah abang buat seperti yang ada di asrama sekarang. Ummi bersyukur walau abang tiada peluang masuk ke asrama penuh, tapi abang telah mendapat tempat di sekolah menengah aliran agama. Abang akan belajar bahasa Arab, ada kelas Al-quran untuk belajar Al-quran. Aktiviti di asrama juga sangat baik. Banyak pengisian untuk memantapkan kerohanian. Setiap waktu solat abang solat berjemaah. Mungkin juga abang akan belajar menjadi Imam. Latihan-latihan sebegini sangat perlu untuk abang jadi mukmin yang boleh memimpin. Mungkin lepas ini, abang sudah boleh menjadi imam pulak di rumah, ummi, ayah, dan adik-adik jadi makmum. Abang akan pandai berdoa, berwirid dan semua yang berkaitan dengan fardu ain.

Di asrama abang belajar tentang ukhuwah. Abang tinggal dalam keluarga besar di sana. Belajar susah dan senang sendiri , kawan dan cikgu merupakan keluarga angkat. Hormatilah semua orang di sekeliling abang. Setiap pagi abang akan dengar usrah. Terimalah ilmu yang abang dapat di sana dengan gembira dan syukur. Praktikkan apa yang telah di ajar.

Abang berpeluang bersukan waktu petang. Ummi tahu abang suka aktiviti macam tu. Abang suka main bola, abang suka main sepak takraw, badminton pun ada. Ummi bercadang akan membelikan sepasang kasut sukan untuk abang. Sebab abang tak ada kasut sukan. Yang ada dalam koleksi sekarang ni semuanya kasut bola dan futsal. Rasanya kaki abang dah tak muat, ummi akan bagi adik guna kasut kesayangan abang. 

Banyak lagi kelebihan abang tinggal di asrama. Abang akan belajar menepati masa, peka dengan waktu dan jadual harian. Abang juga ada banyak masa membuat ulangkaji. Bilik belajar pun depan dorm saja, tak perlu keluar berjalan jauh. Abang berpeluang mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas. 

Berhenti rehat seketika..





Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b