Skip to main content

Tips Mengemas Dapur Comel Anda

Teks: Zanariah Kamal



Bismillah..


Tugasan mengemas dapur sesuatu yang perlu di titik beratkan. Walaupun ia sesuatu yang sukar, namun itu bukan alasan untuk tidak membersihkan ruang dapur. Memang ia tugasan yang memenatkan apatah lagi jika kita mempunyai anak yang ramai. Dapur merupakan tempat paling lama kita beroperasi.  Jika dapur selalu digunakan, rutin mengemas mesti dilakukan lebih kerap lagi.

Namun begitu,  terdapat beberapa cara asas yang boleh kita lakukan  untuk membantu meringankan beban kerja. Antara tips yang saya jumpa di majalah Midi saya kongsikan di sini. Bermanfaat juga untuk kita praktikkan tidak kiralah besar mana dapur kita. Pastikan ianya bersih dan kemas
Tips 1
Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan.  Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan.  Masukkan kesemua barang tersebut  ke dalam satu kotak.  Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang atau berikan kepada orang lain. 
Memang inilah yang selalu saya buat. Di rumah emak di kampung pun saya dah cuba kurangkan barangan plastik yang tak digunakan dengan membuangnya. Emak saya tak tahu pun apa yang saya buat. Sayang sampai rumah nampak semak.
Anda perlu meminimakan barang-barang yang terdapat didalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja  ke dalam kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja memasak anda akan lebih mudah.
Tips 2
Selepas memasak, anda mesti membasuh  kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak. Anda perlu selalu mengelap semasa anda memasak. Itu tidaklah susah sangat kan.
Tips 3
Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh.  Selagi muat sinki selagi itulah  pinggan mangkuk anda dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas. Lebih malang lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar. Adik beradik pun sama juga boleh bertengkar. 
Apa yang saya perhatikan, jika kita mengamalkan tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh pinggan mereka sendiri tanpa disuruh.  Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.
Tips 4
Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas, langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita.  Jadikan ‘clean as you go’ sebagai paraturan didapur.. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan dapur.  Apa yang saya lakukan , saya mesti memastikan dapur saya kemas dan bersih sebelum saya masuk tidur.  Manalah tahu, kalau terlambat bangun dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut.
Isya Allah jika kita amalkan tips di atas, saya yakin dapur kitalah tempat paling best nak masuk selalu. Memasak pun dengan senang hati. Berpegang dengan kata dapur umpama nadi rumah tangga. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b