Skip to main content

Resepi kuih bingka pandan sedap

Teks ; Zanariah Kamal
Foto ; koleksi peribadi

Bismillah..
Alhamdulillah.. hari ini cuba menaip setelah agak lama tak pegang keyboard komputer. Rupa-rupanya keyboard ni dah banyak yang tak keluar huruf. Butang SHIFT tak boleh tekan. Macam-macam lagi masalah timbul. Gara-gara anak bujang asyik main game di komputer masa cuti hari tu.

Hari ini saya hanya nak kongsi resepi yang saya pernah buat dan menjadi. KUIH BINGKA PANDAN homemade. Permintaan  Afiq anak sulong saya. Sanggup tawarkan diri nak pergi kedai cari bahan untuk buat kuih. Badan masa tu terasa penat sangat sebab sesi persekolahan dan bermula. Namun saya gagahkan jua membuat kuih bingka hijau. Orang kata pun masak dengan kasih sayang. Hasilnya pun memuaskan sekejap saje habis. Alhamdulillah, puas hati bila semua suka makan.

Resepi ini ringkas saja satu jam dah boleh makan.

BAHAN2

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
500 ml santan
200ml air pandan 
pewarna hijau
secubit garam
sedikit bijan untuk hiasan

Cara membuat

Pukul telur dengan whisk bersama gula hingga gula hancur. Masukkan santan dan air pandan, kacau dengan whisk dan baru masukkan bahan-bahan lain kecuali bijan. Kacau sampai sebati. Tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.
Bakar pada suhu 180 C selama satu jam. 
Mula-mula bakar dalam 30 minit dan keluarkan kuih taburkan bijan ke atas kuih tadi. Selepas itu sambung bakar selama 25 minit dan 5 minit untuk api atas sahaja untuk buat kerak dipermukaan.

Sekarang siap proses membuat kuih bingka. Sangat mudah untuk memasak sebenarnya. Petua masak sedap sebenarnya dari hati. Ikhlaskan hati untuk memasak agar apa yang kita masak menarik minat anak. 

 

Comments

Popular posts from this blog

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

Menilai Anak...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi   Bismillah. Alhamdulillah syukur dapat lagi bersiaran di alam maya. Kita baru sahaja menyambut hari raya aidil adha. Daging korban masih lagi segar belum sempat di masak. Saya simpan baik-baik dalam peti supaya ada masa boleh masak untuk keluarga. Hari ini nak bercerita  tentang anak. Sebagai ibu, saya terlalu mengharap agar anak mendengar kata. Kadang-kadang teruji bila anak kita sudah pandai menjawab dan ingin menegakkan pendapatnya.  Anakanda Haziq akan menduduki peperiksaan UPKK pada 5hb Oktober. Saya selalu bising dengan Haziq. Kadang-kadang sikapnya membuat hati saya kurang sabar. Kuat bermain, dan terlalu leka dengan gadget. Ibu mana yang boleh sabar bila cakap kita tak di endah. Kadang-kadang ada juga terlepas cakap dengan membuat perbandingan Haziq dan abangnya Afiq. Saya tahu Haziq tidak suka. Maafkan ummi Haziq, ummi inginkan yan terbaik darai Haziq. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai...