Skip to main content

Tips Mudah Ajar Anak Berpuasa

Teks: Zanariah Kamal
Foto : Google
Anak Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Bismillah..

Assalamualaikum... Lama rasanya tidak meninggalkan catatan di blog ini. Cuti sekolah selama 2 minggu tempohari memang agak sibuk. Sibuk menguruskan kedai. Pertama kali menjaga kaunter, menjadi cashier memberi banyak pengalaman. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Maklumlah saya ni seorang yang agak pemalu.

Dua hari lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan. Bulan yang penuh barokah dan rahmat Allah. Bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat IsSemoga kita semua dapatlah menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Dikurniakan kesihatan yang baik, dan bersedia menguruskan anak-anak kecil ketika berpuasa.

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, cabarannya lebih hebat lagi. Iaitu cabaran untuk mengajak anak untuk berpuasa bersama-sama. Untuk mengajak mereka, kita kena jadi kreatif sikit. Lebih-lebih lagi ketika mengejutkan bangun sahur.

1. Mula Bercerita Tentang Ramadhan Dari Awal

Ibubapa sudah boleh mula berceritakan tentang berpuasa kepada anak-anak. Walaupun mungkin anak belum faham apa itu dosa pahala, kita ceritakan sahaja. Berikan gambaran pada mereka bagaimana ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini. Dan sama-sama lakukan ‘countdown’ bersama anak -anak untuk tahu bila puasa akan bermula.
Bagi anak-anak yang minat kepada cerita Upin Ipin, bolehlah beri mereka tonton episod yang berkaitan puasa Ramadhan ini. Sambil anak menonton, sambil kita terangkan. Dan cakap dengan anak, nanti kita puasa sama macam Upin Ipin, nak tak? Mesti anak-anak cakap ‘NAK!’

2. Tarik Minat Anak Dengan Memasak Menu Kesukaan

Anak-anak pasti ada menu kesukaan mereka, kan? Jadi ambil peluang ini untuk sediakan menu kesukaan mereka untuk juadah berbuka, dan juga untuk bersahur. Untuk lebih menarik, minta anak tuliskan sendiri menu yang dia inginkan dan tampal di depan peti sejuk. Jika anak belum pandai membaca dan menulis, ibubapa kenalah rajin sikit untuk print gambar menu untuk anak pilih dan tampal.

3. Sediakan Jadual Ramadhan

Jadual ini untuk tunjukkan pada anak berapa hari dia sudah berpuasa. Dan untuk tunjukkan berapa hari lagi yang tinggal sebelum tamat bulan Ramadhan. Beri anak tampal sticker pada hari-hari yang dia dapat berpuasa penuh. Anak-anak memang suka bila dapat ganjaran seperti ini. Kalau tak percaya, cubalah dulu! =)

4. Sediakan Ganjaran Untuk Anak

Beritahu anak apa yang bakal dia dapat jika dapat berpuasa di bulan Ramadhan ini. Untuk yang baru pertama kali berpuasa, janganlah terus letakkan target berpuasa sebulan penuh. Mungkin boleh mulakan dulu dengan jika berpuasa penuh satu hari, dapat RM1. Kalau dapat berpuasa seminggu tanpa ponteng, anak boleh pilih nak berbuka puasa di mana.
Pastikan ganjaran yang kita nak beri itu boleh menarik minat anak untuk berpuasa.

5. Jangan Paksa Anak, Tapi Berikan Galakan

Ini tips yang paling penting. Jangan sesekali memaksa anak untuk berpuasa, sebab ibadah ini belum wajib untuk anak-anak yang belum baligh. Tetapi kita cuma galakkan mereka untuk berpuasa. Dan latihan ini dibuat tahun demi tahun supaya bila anak sudah baligh nanti, mereka sudah mampu untuk berpuasa penuh sendiri.
Jangan sesekali paksa mereka untuk mengelakkan anak merasa benci dengan ibadah berpuasa. Sehinggakan mereka tidak suka bila Ramadhan hampir tiba. Tapi kita didiklah anak untuk sentiasa menanti-nantikan kedatangan bulan yang mulia ini.

Pesanan juga buat ibu, jika kita nampak anak kita macam keletihan bagi mereka mencuba untuk berpuasa separuh hari. Tanya pada anak jika masih mampu untuk meneruskan atau tidak. 

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b