Skip to main content

Posts

Tips Meleraikan Anak Yang Suka Bergaduh

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Saya mahu berkongsi dengan para ibu mengenai kerenah anak-anak yang suka berkelahi.  Lazimnya jika kita punya anak-anak yang agak rapat usianya, ada masa-masa tertentu mereka berkelahi. Saya ada 5 orang anak , 4 lelaki Dan sorang perempuan. Bergaduh memang setiap hari, bila salah seorang yang rasa tidak berpuashati mereka akan bertengkar. Mula- mula cakap-cakap, makin lama makin panas, suara pun dah kuat. Bila panas, mula bangun, angkat kaki, berbalas sepakan. Yang perempuan pulak jadi back up abang kegemaran atau yang rasa ada kepentinggan pada dirinya. Contoh selalu gaduh pasal mainanlah. Macam tak masuk akal kadang-kadang punca berkelahi tu. Bukan setakat berbalah mulut, bahkan kalau lelaki lebih lasak…. apa lagi, bertumbuklah.  Alhamdulillah, anak-anak saya tidak sempat bertumbuk setakat ini.  Sempatlah mereka saling berbalas pukulan seperti menyepak dan menampar tetapi tidak pernah lagi saya biarkan mereka berkelahi sampai...

Tudung Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka Saya

Teks: Zanariah Kamal Semalam sembang dengan kawan pasal tudung, selalu pakai tudung segera saiz Xl. Dan kadang- kadang sarung je ke kepala tak pernah terfikir pun dengan sesuai ke tak sesuai dengan bentuk muka. Apa yang penting tutup aurat. Kebetulan kawan ni jual tudung dia pun cadangkan saya yang muka berbentuk panjang sesuai kenakan Tudung Syria. Memang saya takde koleksi tudung jenis tu. Saya pun tak puas hati dan nakkan kepastian lalu google pasal tudung ini. Memang betul apa yang kawan saya cadangkan. Macam pengaca Irma Asmi ini..tapi saya tak secantik atau jelita macam Irma ini.. Boleh lah mencuba, kepada anda yang macam saya , gaya dengan tudung Syria yang inner melekap tu.. Tudung yang sesuai mengikut wajah: 1) Bentuk wajah jenis bulat  Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tudung yang mereka gemar. tetapi awas jika salah pemiliha...

Resepi Makaroni Goreng, mee Hailam dan makaroni bakar

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Salam ramadhan..Salam Jumaat yang barakah.. Berpuasa dah hari ke enam pada hari ini. Mood masak memasak masih lagi banyak dan bertambah-tambah, orang kata kobar- kobarlah.. Misi mencari resepi mee pula sekarang ni. Yelah kadang-kadang anak jemu makan nasi. Apa kata ibu-ibu cuba pelbagaikan menu. Mungkin mee boleh mendatangkan selera anak- anak tercinta. Hari ini saya plan nak buat makaroni bakar. Tapi nasi terpaksa masak juga, sebab suami tak gemar pasta. Tapi kalau maggi tu..hurmm laju je. Nasib baik suami tak baca blog ni, kalau tidak habis dia ngomel " isyyy kisah abang pun nak tulis" :-)  Di sini ada beberapa resepi mi @ mee dan pasta. Hasil carian saya dan simpan di blog. Bila-bila teragak nak buat saya buka blog. Antara resepi yang suka nak buat ; Makaroni Goreng Bahan-Bahan 500g makaroni (sudah direbus) 250g daging cincang 2 sudu besar gula madu 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar kicap cair ½ sudu kecil serbuk la...

Aiskrim Homemade Ikhlas Dari Ummi

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Salam ramadhan. Hari ini dah masuk hari kelima kita berpuasa. Semoga banyak amalan kita diterima Allah. Senang nak dapat banyak pahala sebenarnya. Buat sesuatu untuk keluarga dan anak-anak pun dah dapat pahala. Contohnya masak makanan kegemaran niat kerana Allah nak bagi anak gembira. Dah dapat pahala. InshaAllah, kata ustaz. Sebenarnya saya teruja nak buat aiskrim sendiri. Pergi 3 kedai cari ovalete tak jumpa. Ada kawan cadangkan guna coffee mate. Fayyadh sekarang ni sangat addict dengan aiskrim. Baru pandai makan setelah kakak Danisha mengajar dia. Selalu kalau nak makan aiskrim beli je, bila dah si kenit ni suka terfikir juga nak buat homemade aiskrim. Sebelum ni bila search resepi kebanyakkan bahannya ada letak telur, saya memang tak suka unsur-unsur telur dalam aiskrim..hehe Saya terjumpa satu   blog   yang simple sangat cara buat ais krim. Tak payah guna ice cream maker, hanya perlukan blender je. So dengan semangatnya saya n...

Mari Mengenal Jenis Tepung Dan Fungsinya

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Topik hari ini ialah mengenal tepung. Sekarang suri semua sibuk mencari resepi buat kuih raya, juadah buka puasa. Mungkin ada yang tak tahu fungsi tepung yang banyak jenis ada di jual.  Jom kita tengok dan mengenal jenis tepung yang biasa kita guna dan kegunaannya. Apa yang saya kongsi di sini saya dapat dari sebuah buku. Saya bukan chef, banyak yang tak tahu.  1)Tepung Serbaguna/Tepung Gandum /Plain Flour Tepung paling  popular  dekat Malaysia.Kalau pergi kedai runcit belakang rumah pun boleh dapat.Murah pun murah.Tepung nie  wajib  ada dekat rumah.Macam-macam boleh buat dari tepung nie.  2)Tepung kek/Superfine Flour/ Soft Flour/Tepung Berprotein Rendah Kalau anda nak tau tepung ni selalunya orang beli yang dalam kotak yang ade tulis " Superfine flour " tu.Tepung ni sangat halus ,seronok je pegang tepung ni. Tapi,boleh je kalau tak nak beli,ambil  tepung gandum campur dengan 2...

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda. Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya. Cara 1: Dilakukan selepas solat Isyak ·           ambil air segelas ·           baca al-Fatihah sekali ·           Ayatul Qursi sekali ·           Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. ·      ...

Misi Kumpul Resepi Berjaya

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah.. Kita sedang berpuasa untuk hari ke tiga. Macam biasa bila tiba waktu petang suri-suri sibuk memikirkan juadah apa nak hidang waktu berbuka. Termasuklah saya. Tahun ini InshaAllah sihat tubuh badan nak masak sendiri. Tak nak beli di luar di bazaar ramadhan. Bukan saja boleh berjimat, malah kebersihan yang paling utama. Pengalaman beli makanan pada tahun lepas buat saya serik dan nekad masak sendiri. Masa tu saya tak berapa sihat, jadi terpaksa beli.  Sebelun puasa suami dah beli stok bahan basah untuk seminggu. Sampai kentang pun banyak dibeli. Dah tak ada idea pulak nak menggunakan kentang. Hari ini saya dapat banyak resepi dari group kongsi resepi ringkas. InshaAllah saya akan buat dan kongsikan resepinya bila saya buat nanti. Jadi bolehlah klik di label baru saya nanti ye. Resepi Berasaskan Kentang. InshaAllah kalau ada kelapangan. Menu untuk hari ini, sambal sotong, ayam goreng Kentucky, gulai lemak tempe dan sawi....