Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Salam ramadhan..Salam Jumaat yang barakah.. Berpuasa dah hari ke enam pada hari ini. Mood masak memasak masih lagi banyak dan bertambah-tambah, orang kata kobar- kobarlah..
Misi mencari resepi mee pula sekarang ni. Yelah kadang-kadang anak jemu makan nasi. Apa kata ibu-ibu cuba pelbagaikan menu. Mungkin mee boleh mendatangkan selera anak- anak tercinta. Hari ini saya plan nak buat makaroni bakar. Tapi nasi terpaksa masak juga, sebab suami tak gemar pasta. Tapi kalau maggi tu..hurmm laju je. Nasib baik suami tak baca blog ni, kalau tidak habis dia ngomel " isyyy kisah abang pun nak tulis" :-)
Di sini ada beberapa resepi mi @ mee dan pasta. Hasil carian saya dan simpan di blog. Bila-bila teragak nak buat saya buka blog. Antara resepi yang suka nak buat ;
Makaroni Goreng
Bahan-Bahan
500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris
Cara memasak:
•Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu.
•Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat.
•Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni.
•Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega.
•Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang.
•Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>
Mee Hailam
Bahan-Bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
•Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
•Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
•Masukkan sayur - sayuran dan mee.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Makaroni Bakar
Bahan-Bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan)
¼ kati daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air
4 bji telur (dipukul)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua ditumbuk)
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging
minyak utk menumis
Cara memasak:
•Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
•Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
•Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata. Masukkan susu, kacau rata.
•Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau) Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
•Bakar dgn api yg sederhana.

Comments
Post a Comment