Skip to main content

Mari Mengenal Jenis Tepung Dan Fungsinya

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..
Topik hari ini ialah mengenal tepung. Sekarang suri semua sibuk mencari resepi buat kuih raya, juadah buka puasa. Mungkin ada yang tak tahu fungsi tepung yang banyak jenis ada di jual. 

Jom kita tengok dan mengenal jenis tepung yang biasa kita guna dan kegunaannya. Apa yang saya kongsi di sini saya dapat dari sebuah buku. Saya bukan chef, banyak yang tak tahu. 



1)Tepung Serbaguna/Tepung Gandum
/Plain Flour



Tepung paling popular dekat Malaysia.Kalau pergi kedai runcit belakang rumah pun boleh dapat.Murah pun murah.Tepung nie wajib ada dekat rumah.Macam-macam boleh buat dari tepung nie. 


2)Tepung kek/Superfine Flour/
Soft Flour/Tepung Berprotein Rendah
Kalau anda nak tau tepung ni selalunya orang beli yang dalam kotak yang ade tulis "Superfine flour" tu.Tepung ni sangat halus ,seronok je pegang tepung ni. Tapi,boleh je kalau tak nak beli,ambil tepung gandum campur dengan 2 sudu kecil tepung kastad,ayak 3 kali.Result dia nanti akan sama je dengan tepung yang ada dekat kedai.

3)Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour
Tepung ni telah dicampur dengan baking powder atau soda bikarbonat.Kalau dalam resepi mintak tepung ni, kita boleh gantikan dengan 250gram(2 cawan) tepung gandum digaul dengan 1 sudu makan(rata) baking powder.Kemudian ayak.



4)Tepung Berprotein Tinggi/Bread Flour/
Hard Flour/Strong Flour




Kalau nak buat pastries macam roti,pizza,donut kena pakai tepung ni, nanti lembut je sebabnya tepung ni ada tahap gluten yang tinggi,jadi lagi anjal dough kita.Tapi,harga dia mahal lah sikit dari tepung gandum


5)Tepung Berprotein Rendah/Tepung Pau


Tepung berprotein rendah ni sesuai untuk buat makanan yang bertekstur ringan dan lembut seperti pau,sponge cake,genoise(sponge cake Italy). Dekat Malaysia ni ,orang selalu beli brand blue keys takpun nona.


6)Tepung Red Rose/Tepung Biskut
/Tepung Top/Tepung Cookies


Tepung ni  dah letak bahan supaya biskut kita buat lagi ranggup. Pakar sarankan anda beli tepung ni untuk buat biskut,sebab guna tepung gandum tak beberapa umphhhh lah.


7)Tepung Kastad



Tepung kastad mampu wangikan kek danmerapatkan tekstur kek.Selalunya kita gua tepung nie bila nak buat krim kastad,triffle,etc.Kalau tepung jagung takda,tepung kastad boleh digunakan sebab kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama,cuma tepung jagung tak boleh menwangikan kek.


8)Tepung jagung


Tepung ni kita guna untuk pekatkan adunan.Kita selalunya letak bila nak buat bubur,kuih dan biskut.


9)Tepung Beras/Gluten-Free Flour


Tepung ni dibuat dari beras sebab nama pun orang bagi nama sebagai "tepung beras".Ia dibuat dari beras yang dah dimesin sampai lah halus.Kita guna banyak tepung ni bila nak buat bancuh kuih yang kena goreng macam pisang goreng!,dengan kuih-kuih zaman dulu2 macam kuih apam,lapis dengan talam.



10)Tepung Pulut/Glutinous Rice Flour


Tepung ni tak buat dekat Malaysia.Import dari Thailand ja.Jangan salah tengok taw,cover plastic tepung ni sama je dengan tepung beras.Macam biasa,tepung ni penting untuk buat kuih-muih tradisional.
Fakta buku:Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang sudah dibuang bahagian merah pada mata padinya.Selain kaya dengan vitamin E,B .Nak cerna pun senang dan sesuai diambil oleh pengidap kencing manis dengan perempuan mengandung.


11)Tepung krimer

Dekat malaysia,brand ni la yang famous,Coffe mate.Selalunya,tepung ni kita letak dalam minuman sebab nak bagi minuman tuh berlemak sikit.Setengah orang guna untuk buat ice cream.


12)Tepung Hong Kong/Water Lily Flour

Tepung yang sangat putih dan susah nak dapat sebab tepung nie cepat rosak,cepat berkulat atau berkutu. Kalau nak buat pau,tepung ni palingtop!tapi boleh jugak pakai tepung pau cuma rasa dia berbeza sikit.


13)Tepung Hoen Kwee



Anda boleh panggil tepung warna-warni.Warna tepung mengikut warna paket.
1)Warna oren-tepung berwarna kekuningan(pastel yellow)
2)Warna hijau-tepung berwarna kehijauaan(pastel green),tapi
campur dengan jus pandan dengan pewarna hijau untuk warna yang terang menyala gitu.
3)Warna biru-tepung berwarna putih

Tapi keseluruhannya,tepung ni guna untuk buat kuih muih terutama dekat indonesia.Paket dia kecik je,dalam 85 gram untuk seunit.

14)Tepung Wholemeal/Tepung Atta


Paling ketara sekali sebab tepung ni warna coklat.Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur .Kalau nak guna,pleaseee jangan ayak!nanti kek akan jadi berat.Biasanya,bila nak guna tepung ni ,kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.


15)Tepung Ubi


Sangat berguna nak liatkan adunan,tapi ada setengah resepi tukar dengan tepung sagu.


16)Tepung Sagu


Asal tepung ni dari bahagian tengah pokok sagu,kemudian diorang blend dan rendam supaya sagu mendap dan dikeringkan supaya jadi tepung.Selalunya kita Nampak orang guna tepung sagu dalam bubur,lempeng dengan keropok.Fungsinya sama dengan tepung ubi.



17)Tepung Optima/Sponge Mix Cake


Tepung ni kat kilang dah siap2 letak gula.Kita tinggal campurkannya dengan telur,air,mentega dan pukul sampai pekat.Sesuai untuk membuat kek keju.


18)Tepung Kacang Hijau


Saya sendiri tak pena tengok tepung ni.Berdasarkan apa yang saya baca dekat buku,tepung ni banyak guna dalam membuat tepung kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak.Dihasilkan dari kacang hijau yang digoreng tanpa minyak kemudian kulitnya dikisar sampai jadi tepung.


19)Tepung Biskut Marie


Terhasil tepung ni bila biskut marie dikisar sampai halus dan diayak.Banyak guna dalam membuat kek lapis.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b