Skip to main content

Posts

Happy Anniversary Sayang!!

  Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum ..  Lama juga saya tak jengah blog. 2 hari lagi kami akan sambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke - 15 iaitu pada 21 Mac 2016 Syukur Alhamdulillah kerana tak sangka dah 15 tahun kami menyulam cinta bersama dan di kurniakan 5 orang cahaya mata pengikat kasih.. Muhammad Afiq, Muhammad H aziq, Muhamm ad Harraz, Izz Nur D anisha dan yang bong su koret A tif Fayyadh.   Rasanya memang suami tak ingat kot tarikh keramat ini. Tapi tak mengapa biasalah kan suami yang sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Kami bukanlah pasangan yang romantik yang  nak candle light dinner romantik2 bagai sebab anak-anak dah berderet  tentu kecoh sikit masa makan nanti. Dalam hati sebenarnya teringin begitu.Hehe.. Naluri wanita kan. Tapi tak mengapa takde semua tu. Yang penting bagi saya kejujuran, kesetian, tanggungjawab yang diberikan pada kami sudah cukup untuk dikenangi dan disyukuri.   Nak bagi uacapan s...

Resepi Puding Kastad Berkuah

Bahan untuk puding 1 cwn tepung tepung karstard saya pakai jenama karstard bird's 4 cwn air 1/2 cwn gula Di masak atas api yg sederhana besar ..kacau sehigga likat Dah likat..letak dalam acuan ataupun gelas,nak letak dalam loyang kemudian di potong2 pun boleh je Kuah 1 tin susu cair 1 tin buah2an dlm tin 11/2 tin air masak (sukat guna tin susu cair td) 4 sudu makan gula pasir 1 sudu teh esen vanilla jika suka Semua bahan kuah di masak dgn api yg kecil sahaja ..sekadar utk melarutkan gula pasir tadi Last sekali masukkan buah2an dlm tin sekali dgn airnya. Soap bolehlah dihidangkan..

Resepi Cream Puff Inti Kastad Sukatan Cawan

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalammualaikum.. Nak kongsi resepi cream puff inti kastad.. Gara- gara terkenang masa makan di rumah kakak ipar tempohari. Anak- anak memang suka. Jadi ummi mencari resepi dengan bantuan cik google. Memang sedaplah. Bukan anak je yang suka ummi pun suka. Insha Allah esok nak buat sikit. Kebetulan ada jiran nak datang jadi bolehlah jamu dengan cream puff ummi. Takkan nak jamu kuih raya je kot.. Sekurangnya adalah kuih untuk minum petang ye tak. Resepinya nampak mudah. Dah buat baru tahu.  Bahan-bahan Untuk Doh  3 cawan air  1 1/2 cawan mentega /marjerin 3 cawan tepung gandum secubit garam  7biji telur 1 sudu kecil esen vanilla Bahan-bahan Sos kastard 1 cawan susu cair / susu tepung 3 sudu besar tepung kastard 1 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 cawan gula makan 2 sudu planta Cara-cara Dalam periuk masukkan air dan mentega, panaskan sehingga mentega larut. tutup api. kemudian mas...

Roti Cheese Berinti Daging

Teks : Zanariah Kamal   A   Bismillah.. Sedapnye, jom buat. Bahan : Utk Inti: 300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan) 2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu 2 sudu besar serbuk kari 1/4 cawan air 1 helai daun limau purut ~ dihiris halus 1 biji cili merah ~ dihiris halus sedikit garam dan gula minyak 12kpg roti 3 biji telur 200ml susu fresh daun saderi ~ dihiris 8 kpg slice cheese cheddar cheese ~ diparut Cara: Utk membuat inti Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang layu dan masukkan rempah kari. Goreng hingga wangi dan masukkan air. Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa Goreng hingga kering dan padamkan api. Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk. Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju: Sapukan keseluruhan bekas tahan pa...

Bubur Sepuluh..Resepi Bubur Asyura

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi bubur asyura terhangit sikit..tapi sedap!!!! Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum Lama rasanya tak menulis di blog tempat mencari rezeki ku ini. Mana menghilang? Sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Membuat kertas kerja untuk projek baru. Moga dipermudahkan segala urusan. 2 hari lepas saya ada buat sedikit bubur. Bubur Asyura namanya. Memang sudah lama tak buat bubur kegemaran suami. Kebetulan 10 Muharam hari tu hari Assyura saya pun buatkan juga untuk suami tersayang. Alhamdulillah dapat juga bagi jiran-jiran merasa. Sibuk punya pasal bubur tu terhangit sikit. Ingatkan tak ada orang yang suka. Rupanya habis, suami kata sedaplah, hangit-hangit ni biasalah. Di masjid pun rasa macam ni. Saya tak berapa suka makan bubur. Jadinya tak selalulah membuat bubur, kecuali jika ada permintaan. Ada juga yang bertanya resepi. Resepi simple sahaja kalau nak ikut cara saya senang sahaja. Bahan-bahan asas untuk bubur asyura  2 caw...

Ummi Dan Ayah Sentiasa Menjadi Pendorong Anak-anak

Teks : Zanariah Kamal   Bismillahirahmannirahim.. Dah nak hujung-hujung sesi persekolahan nampaknya makin sibuk pulak ibu ayah. Mana tidaknya anak yang bersekolah 4 orang. Sekolah dah panggil ambil report card. Yang tadika pula dengan hari graduasinya. Belum selesai lagi proses pertukaran sekolah anak. Terkejar-kejar dibuatnya. Tak tahulah cikgu nak kata apa anak kita. ada peningkatan ke, banyak main dalam kelas ke, melawan cikgu ke kita tak tahu. Saya dah cuba menjadi ibu yang baik dan memberi tunjuk ajar apa yang saya tahudan termampu. Saya bukanlah ibu yang pandai, sekolah pun tak tinggi mana. Tapi teringin nak anak berjaya dalam hidup dan apa jua bidang yang ceburi nanti. Bukan saja berjaya di dunia bahkan nak mereka berjaya di akhirat. Kadang-kadang saya geram dengan segelintir masyarakat yang apabila nampak kita risau tentang pencapaian anak, mereka mencelah dan mematikan semangat kita dengan kata-kata sinis bukan kata-kata galakkan. Bagi mereka apa ada dengan A, A ...

Kek Planta Kukus Coklat

Teks : Zanariah Kamal Foto : Dari Group MAHN Resepi : Dari Group MAHN   Resepinya saya ambil dari Group MAHN saya simpan dan olah dalam blog ini . Terima kasih tuan empunya resepi. Bahan2 1cwn gula 1cwn mentega (sy guna mentega daisy) 4bji telur 1 1/2cwn tepung gndum 1sudu kecil soda bikarbonat Cara2 Telur,gula dan mentega dipukul atau boleh juga kalau nak senang blender saja Bila dah sebati letak dalam bekas masukkan tepung gndum dan soda bikarbonat.. kacau lagi sampai sebati.. kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian 1adunan letak serbuk koko dan tambah susu cair sikit satu adunan lagi biar asli kemudian  masukkan dalam acuan atau loyang kukus 25-30mnit..siap!!