Teks : Zanariah Kamal
Bismillahirahmannirahim..
Dah nak hujung-hujung sesi persekolahan nampaknya makin sibuk pulak ibu ayah. Mana tidaknya anak yang bersekolah 4 orang. Sekolah dah panggil ambil report card. Yang tadika pula dengan hari graduasinya.
Belum selesai lagi proses pertukaran sekolah anak. Terkejar-kejar dibuatnya.
Tak tahulah cikgu nak kata apa anak kita. ada peningkatan ke, banyak main dalam kelas ke, melawan cikgu ke kita tak tahu. Saya dah cuba menjadi ibu yang baik dan memberi tunjuk ajar apa yang saya tahudan termampu. Saya bukanlah ibu yang pandai, sekolah pun tak tinggi mana. Tapi teringin nak anak berjaya dalam hidup dan apa jua bidang yang ceburi nanti. Bukan saja berjaya di dunia bahkan nak mereka berjaya di akhirat.
Kadang-kadang saya geram dengan segelintir masyarakat yang apabila nampak kita risau tentang pencapaian anak, mereka mencelah dan mematikan semangat kita dengan kata-kata sinis bukan kata-kata galakkan. Bagi mereka apa ada dengan A, A tidak menjamin masa depan pun. Tapi anak-anak mereka berjaya, kalau anak mereka tak de A dalam peperiksaan macam mana anak nak masuk Universiti dan melanjutkan pelajaran.
Sekurang-kurangnya bagilah semangat kepada ibu muda yang baru nak mulakan langkah pertama. Bila ada anak orang yang berjaya bukan main lagi puji dan nak dekatkan diri dengan orang berjaya tu. Kita yang biasa-biasa ni pandang pun tidak. Puji-puji melangit walaupun bukan ada pertalian darah, tapi sebab nak tumpang tuah. Saya sedih sebab berlaku dalam keluarga sendiri.
Saya niatkan sekolahkan anak hanya kerana Allah SWT. Soal anak berjaya atau tidak setelah berusaha bersungguh sungguh saya serahkan kepada Nya.Yang penting belajarlah hanya kerana Allah SWT. Inilah yang saya selalu pesan kat anak-anak.
Kita berjaya bukan untuk dipuji, disanjung. Untuk menimba ilmu agar suatu hari nanti ilmu itu akan dicurahkan kepada orang lain. Titik permulaan kejaayaan adalah usaha. Ummi dan ayah akan selalu menjadi pendorong anak-anak semua.
Belajar kerana Allah serta untuk menjadi khalifah terbaik. Menolong orang lain untuk memakmurkan bumi Allah. InshaAllah kita belajar sama-sama ilmu fardhu Ain yang wajib sertq ilmu fardhu kifayah dengan niat kerana Allah untuk manfaat kepada manusia lain terutama Umat Nabi Muhammad. Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hati dan niat kita.

Comments
Post a Comment