Anak Pengkritik Terbaik Dan Jujur

Teks : Zanariah Kamal

Bismillah...
Assalammualaikum.. Jom sembang santai. Ummi sebenarnya masih terbaring sebab sakit kepala menyerang lagi. Satu syawal hari tu, dah  mula sakit. Tak taulah kenapa, Samada tersalah makan ke atau turun naik kereta pergi beraya. Ummi bukanlah jenis yang lasak sangat. Mak ummi kata ummi lembik. Tapi mass kecil lasak macam orang lelaki.

ITU cerita dulu. Sekarang umur dah meningkat, anak dah ramai, pantang bersalin pun tak berapa  nak buat inilah kesannya kot.

Sebenarnya ummi nak cerita pengalaman ummi masa hari raya hari tu. Ummi ada beli beberapa helai tudung  empat segi Dan Tudung segera berawning tu. Dah siap padankan warna tudung dengan baju. Kira cantiklah ummi rasa. Bila siap sarung je, anak ummi tak senyum. Nampak pelik je muka mereka. Ummi dah agak ini mesti ada yang tak kena.

Haziq dengan jujur dan spontan menegur ummi. Ummi tak cantiklah kalau pakai tudung tu. Ummi cantik kalau pakai tudung ini sambil tunjuk tudung 4 segi bidang 48 ummi. Tak lengah ummi pun terus tukar tudung. Pada mata anak ummi, ummi tak cantik pakai Tudung segera. Tak dapat nak melaram tudung cantik.

Lepas tudung, stokin pulak. Sebenarnya ummi nak sarung stockin dalam kereta. Tapi Haziq peka sungguh menegur umminya yang belum pakai stokin. Syukur ummi ada anak yang prihatin bab aurat. Itu tandanya apa yang cikgu ajar dia faham.

Siap tanya lagi, ummi tak pakai sarung lengan ke? Sungguh lengkap disoal anak ummi. Ummi bangga dengan Haziq. Moga jadi anak yang soleh Dan pemimpin yang baik dalam keluarga dan APA jua organisasi.

Ini apa yang ummi faham tentang syarat tutup aurat.

Antara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya.
Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.Ini adalah kerana bentuk aurat yaitu tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar sekira2 tidak kelihatan bentuk lengannya.

Insha Allah ummi akan sentiasa istiqomah dalam menjaga aurat, memakai sarung kaki dan sarung lengan. 


Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha




Comments

Popular Posts