Resepi Gulai Lemak Telur Itik

Teks : Zanariah Kamal

Bismillah..
Assalamualaikum...ibu2 semua sudah siap masak untuk makan tengahari ? Apa kata kita cari telur itik dan masak gulai lemak mesti sedap. Ummi tengah tak de selera makan, baru baik demam.

Sambil membelek buku resepi terjumpa resepi ini. Terliuh ummi tengok. Simpan siap2 dalam ni, bila- bila nak buat buka je blog dan dapat juga kongsi pada ibu- ibu yang tengah kekeringan idea. Lawan pulak dengan ikan goreng berlada dan ulaman. Sedapnya, mesti anak- anak makan bertambah. Bak kata orang tua mak mertua lalu pun tak perasan..sebab sedaplah tu..

Ini resepi yang ummi nak kongsi. Kalau ada buah belimbing buluh lagi sedap..fuhh..


Bahan-bahannya:

8 biji telur itik
3 tangkai cilia pi                   }
5 biji bawang merah           } Dikisar halus
1 ulas bawang putih           }
1 inci kunyit hidup
100 ml air
200 ml santan
1 helai daun kunyit              } Dipotong nipis
1 keping asam gelugor

Cara membuatnya:

  • Telur itik direbus dahulu ( ummi  tak rebus pecahkan dalam senduk) masa kuah mendidih
  • Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama santan, garam, gula. Kacau gulai sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan telur itik rebus diikuti dengan daun kunyit.
  • Kacau sehingga kuat pekat. 

Itu saje, sangat mudah..selamat mencuba.


Comments

Popular Posts