Skip to main content

Tips Cuci Murnikan Hati

Teks: Zanariah Kamal



Bismillah..
Hari ini nak kongsi tips cara cuci /bersih murnikan hati kita. Hati juga nak kena cuci bersih..Hati ibarat cermin. Hati yang bersih umpama cermin yang bersih berkilat. Semakin bersih cermin itu, maka semakin terang cermin itu dan semakin mudah memantulkan cahaya keimanan. 

Manakala, hati yang berkarat pula ibarat cermin yang kotor berdebu maka sukarlah untuk memantulkan cahaya makrifat. Semakin sukarlah pula untuk menerima hidayah Allah. Hati yang berkarat adalah natijah daripada maksiat yang dilakukan. Hati yang kotor hanya boleh dibersihkan dengan membaca Al-Quran danbanyak mengingati mati. 

Membaca Al-Quran bukan sekadar memerhatikan huruf,tajwid, fathah dan dhammah sebaliknya hendaklah bertafakkur dan merenungi maksud ayatnya.

Dalam satu hadith dinyatakan bahawa jika seorang hamba melakukan satu dosa maka akan timbul satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bersungguh-sungguh bertaubat, insyallah titik hitam itu akan hilang. Sebaliknya jika dia terus hanyut dengan perbuatan maksiatnya berkali-kali maka akan muncul banyak titik hitam dalam hatinya sehingga boleh menutupi terus hatinya dari menerima cahaya Allah. Bila hati menjadi hitam legam dan kotor maka akan hilanglah keinginan dan kecenderungannya untuk berbuat kebaikan malah hati tadi akan condong ke arah kejahatan.

Manusia yang banyak membuat dosa dan lalai dari mengingati Allah akan menyebabkan hatinya berkarat seperti besi yang berkarat bila terkena air. Dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati, hati akan menjadi bersinar kembali.



1. Jaga solat dengan sempurna,
2. Solat taubat setiap malam sebelum tidur,
3. Istighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari dan banyakkan zikrullah,
4. Baca Quran setiap hari,
5. Minta maaf daripada orang lain dan maafkan semua orang,
6. Bisikan kendiri yang positif,
7. Muhasabah dan refleksi diri dan berterusan perbaiki diri,
8. Cuci pinggan, tandas dan lain-lain,
9. Berpuasa sunat,
10. Sentiasa ingat mati dan bersedia menghadapi kematian setiap hari,
11. Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan,
12. Banyakkan bersedekah,
13. Beri orang makan,
14. Jaga makanan (halal dan yang baik-baik),
15. Berkawan dengan orang 'alim dan orang yang baik-baik,
16. Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan,
17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tangan dan kaki dan deria hidu).

Mari kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dalam usaha untuk sentiasa memurnikan hati. Wassalam.

Dari: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...