Teks : Zanariah Kamal
Bismillah..
Assalamualaikum. Apa khabar anda semua? Anak-anak sihat? Suami ok? Kawan-kawan macam mana?
Kenapa banyak pulak tanya hari ini? Sebab saya nak jadi kawan anda yang baik. Suka ambil berat, tapi bukan penyibuk ye.
Semua orang ada kawan atau rakan, bukan? Rakan yang membahagiakan, bukan rakan yang memberikan kita keseronokan. Tapi rakan yang boleh berkata yang putih itu putih, yang hitam itu hitam walaupun memeritkan.
Marilah kita nilai semula apa yang kita mahukan daripada sebuah persahabatan. Kita bukannya sentiasa mahu dipuji. Kita bukan mahu dihiburkan dengan perkara yang melalaikan.
Kita juga bukannya mahu sama semua seperti selera, keinginan dengannya. Rakan karib tidak semestinya sentiasa memberi keseronokan. Berasa seronok sebenarnya bukan rasa bahagia sejati. Sebenarnya perasaan bahagia yang sejati memancarkan cahaya pada hati. Perasaan bahagia itu pula boleh menjana bibit-bibit kebahagian.
Oleh itu, rakan karib kita itu biarlah orang yang dapat menegur secara jujur apabila kita melakukan kesilapan. Walaupun teguran itu kadangkala terasa pahit untuk kita menerimanya, kesannya akan memberikan kemanisan buat kita.
Maaf ye mood luah perasaan pagi-pagi ini.
Biarlah rakan karib itu seorang yang boleh mendekatkan diri kepada Allah, bukan sebaliknya. Rakan-rakan yang berakhlak baik dan beriman akan membahagiakan hati kita.
Celoteh panjang pulak. Ada lagi saya nak cerita ni.
Sekadar renungan, siapa rakan karib agaknya.
* Rakan karib berbeza dengan rakan-rakan biasa. Rakan karib perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Jangan tersilap pilih kerana seorang rakan karib itu mampu membuat kita bahagia atau derita.
* Rakan karib adalah orang yang sangat penting dalam hidup kita. Kelakuan dan peribadinya akan mudah mempengaruhi diri kita. Jika kita lemah, lama-lama kita akan turut sama berubah mengikut acuan rakan karib kita.
* Pilihlah rakan karib yang baik, berakhlak terpuji dan tidak terlalu mencintai dunia. Sifat sebegini akan memberikan kita ketenangan dalam menjalinkan persahabatan dengannya.
* Peribadi sifat-sifat rakan karib kita biasanya menggambarkan diri kita sendiri. Seorang yang berlainan nilai dan kepercayaan tidak akan mudah untuk menjalinkan persahabatan yang akrab.
* Rakan karib yang baik bersahabat dengan kita tanpa syarat. Mereka akan sentiasa bersama kita tidak kira dalam apa jua keadaan. Persahabatan yang terjalin adalah ikhlas kerana Allah. Rakan karib kita itu akan dapat membuatkan kita mendekatkan diri dengan Pencipta dan seterusnya memeberikan kita rasa bahagia,inshaAllah.
Siapa nak jadi rakan karib saya, sila komen di bawah ye.
Selesai celoteh, jam menunjukkan tepat 5:00 pagi. Jumpa lagi.
Semoga Allah Sayang
Semoga Allah Redha

Comments
Post a Comment