Teks : Zanariah Kamal
Bismillah..
Assalamualaikum.
Saya percaya ramai antara kita bergelut untuk keluar dari hutang. Apa pun alasan kita berhutang, alangkah indahnya hidup bila hutang-hutang tersebut dapat dilunaskan semasa kita masih hidup.
Untuk menikmati hidup yang bebas hutang kita seharusnya mempunyai prinsip. Prinsip-prinsip yang boleh kita amalkan seperti yang dilakukan oleh seorang penulis iaitu En Mohd Zulkifli Shafie ada 4.
Anatara prinsip beliau ialah :
1. Beli sesuatu secara tunai. Jika belum mampu bersabarlah dan terus menyimpan.
2. Hidup di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan. Sebagai contoh jika pendapatan RM1,000 belanja pun RM 1,000. Bila pendapatan bertambah perbelanjaan pun bertambah. Gaya hidup begini dinamakan ikut kemampuan. Sangat berbahaya katanya. Berbelanja yang baik ialah belanja mengiut keperluan bukan kemahuan. Baki pendapatan boleh disimpan.
3. Beliau menyarankan agar memulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Latihan perlu dilakukan. Simpan setiap hari jika tidak mampu simpan lebih simpan sedikit. Lebih baik dari tiada langsung.
4. Bina pendapatan kedua. Antara kata-katanya ialah " Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim bisnes. Anggap gaji sebagai sumber untuk sara hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambah simpanan. Nasihatnya lagi jika kita nak guna duit bisnes pun jangan lebih dari 50%.
Katanya lagi duit berbisnes memang terbukti mempercepatkan kita bebas hutang.
Ada lagi petua-petua yang beliau amalkan, antaranya :
1. Jangan buat hutang lagi.
2. Langsaikan hutang yang interestnya paling tinggi dahulu.
3. Buka dana "full-settlement" hutang.
4. Gunakan duit "durian runtuh" seperti bonus untuk langsaikan hutang.
5. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% kedalam dalam " full-settlement'" hutang, bagi yang bekerjalah.
6. Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana "full-settlement" hutang yang lain pula.
7. Bayar hutang secara automatik
Sekian, untuk perkongsian bersama.
Semoga Allah Sayang

Comments
Post a Comment