Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Ummi Dan Ayah Sentiasa Menjadi Pendorong Anak-anak

Teks : Zanariah Kamal   Bismillahirahmannirahim.. Dah nak hujung-hujung sesi persekolahan nampaknya makin sibuk pulak ibu ayah. Mana tidaknya anak yang bersekolah 4 orang. Sekolah dah panggil ambil report card. Yang tadika pula dengan hari graduasinya. Belum selesai lagi proses pertukaran sekolah anak. Terkejar-kejar dibuatnya. Tak tahulah cikgu nak kata apa anak kita. ada peningkatan ke, banyak main dalam kelas ke, melawan cikgu ke kita tak tahu. Saya dah cuba menjadi ibu yang baik dan memberi tunjuk ajar apa yang saya tahudan termampu. Saya bukanlah ibu yang pandai, sekolah pun tak tinggi mana. Tapi teringin nak anak berjaya dalam hidup dan apa jua bidang yang ceburi nanti. Bukan saja berjaya di dunia bahkan nak mereka berjaya di akhirat. Kadang-kadang saya geram dengan segelintir masyarakat yang apabila nampak kita risau tentang pencapaian anak, mereka mencelah dan mematikan semangat kita dengan kata-kata sinis bukan kata-kata galakkan. Bagi mereka apa ada dengan A, A tida

Kek Planta Kukus Coklat

Teks : Zanariah Kamal Foto : Dari Group MAHN Resepi : Dari Group MAHN   Resepinya saya ambil dari Group MAHN saya simpan dan olah dalam blog ini . Terima kasih tuan empunya resepi. Bahan2 1cwn gula 1cwn mentega (sy guna mentega daisy) 4bji telur 1 1/2cwn tepung gndum 1sudu kecil soda bikarbonat Cara2 Telur,gula dan mentega dipukul atau boleh juga kalau nak senang blender saja Bila dah sebati letak dalam bekas masukkan tepung gndum dan soda bikarbonat.. kacau lagi sampai sebati.. kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian 1adunan letak serbuk koko dan tambah susu cair sikit satu adunan lagi biar asli kemudian  masukkan dalam acuan atau loyang kukus 25-30mnit..siap!!

Resepi Sambal Belacan Sedap

Teks : Zanariah Kamal   Assalamualaikum.. Selamat petang dan selamat beristirehat. Wah macam best je kan nampak berselera tengok gambar sambal belacan ni. Nak kongsi sikit resepi sambal belacan sedap ni. Bahan2  cili besar 3 biji, cili kecil 7 biji, belacan seketul duit syiling 50 sen (bakar /goreng sekejap) limau nipis 2 hiris, asam jawa besar ibu jari. garam secukup rasa    Caranya: Tumbuk lumat cili merah besar dan belacan, kemudian cili hijau. Bila dah lumat perahkan asam limau, dan sedikit air asam jawa. Perasakan dengan garam.  Itu sahaja dan boleh dihidangkan..Jangan lupa keluarkan sambal belacan dari lesung..

Resepi Asam Pedas Melaka Memang Meletop

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmanirahim.. Dah masak ke belum suri sekelian. Hari ni saya nak kongsi resepi asam pedas Melaka. Siapa yang suka asam pedas tu boleh mencuba buatnya sendiri. Masak dengan ikhlas ye. Kalau diberi resepi lazat macam mana sekalipun mesti kena ikhlas. Dengan rasa cinta nak beri anak dan suami makan. Resepinya Ikan tenggiri 5 keping ( atau apa saja jenis ikan ikut suka) Bahan kisar 3 biji bwg merah 2 ulas bwg putih 10 biji cili kering 1/2inci halia 1 st jintan manis 1 st jintan putih 1/2 inci kunyit hidup Belacan Bahan tumis 1/2 biji bwg besar -hiris 1/4 st biji sawi 1/4 st halba 2 tangkai daun kari 1 btg serai -diketuk 1/2 kuntum bunga kantan Air asam jawa 1 cawan 1 biji tomato belah 4 5 batang bendi Garam &perasa secukupnya Cara... Tumis bahan tumis, bunga kantan dan serai sehingga naik bau Kemudian masukkan bahan kisar..goreng hingga naik minyak...lama dengan api perlahan dan kacau selalu supaya tidak berkerak da

Nasi Lemak Wak Leman Terbaik!!

Teks : Zanariah Kamal   Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan masa mencatat rasa hati di sini. Meninggalkan coretan sebagai kenangan. Terima kasih kepada anda yang sudi singgah blog saya yang tak sebarapa ini. Hari ini  suami membawa pulang 3 bungkus nasi lemak.  Saya tak perlu tanya nasi lemak siapa ni. Tengok bungkusan saja saya dah tahu, ini nasi lemak Wak Leman. Wak Leman ialah salah seorang kawan baik suami.Tinggal di Shah Alam. Sejak menjadi vendor di Fakulti Kejuruteraan orang yang paling rapat dengan suami ialah Wak Leman. Mereka berdua ni memang rapat. Alhamdulillah dipertemukan dengan Wak Leman. Mungkin rezeki kami.  Kenapa saya kata rezeki kami. Melalui beliau suami terus dan kekal dengan bisnes yang kami lakukan sekarang. Nama suami sudah sebati di Fakulti Kejuruteraan. Rezeki kami tidak putus, ada sahaja projek di situ. Hubungan suami dengan Wak Leman ni macam bapa dengan anak kalau di lihat dari segi usia. Tapi atas urusan

Nak Buat Langsir Eyelet Untuk Rumah Baru

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum semua..Alhamdulillah kami baru saja selesai makan tengahari. Hari ini kami makan spagheti. Masak simple-simple sahaja. Kebetulan badan tak berapa enak. Yang penting anak suka sudah. En suami saja yang tak lalu makan spageti. Tekak orang Melayu tulen. Dah duduk Itali pun tak mau mencuba spagheti sedap ni. Tapi kalau pizza jangan cakap. Memang berselera.  Takpelah biarkan saja. Disebabkan tak lama lagi dah nak berpindah, saya mencari idea untuk datang mood di rumah baru. Rumah teres yang belum renovate apa-apa. Pening juga memikirkan nak ceriakan rumah tu nanti. Hari ini mula menggoogle untuk mencari idea. Saya rasa macam nak tukar langsir. Nak mencuba langsir eyelet pulak. Nak buat pun senang. Bila lagi nak tunjuk bakat menjahit langsir. Modal untuk yuran kelas menjahit langsir dulu pun belum dapat balik. Rasa macam nak menjahit semula pulak dah. Tapi mampukah buat kerja dengan mesin jahit comel SINGER tu yang tersan

Adik rasa sedihlah Ummi!!

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan menghirup udara segar. Meneruskan kehidupan dalam meniti dan mencari keredhaan Ilahi. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hari Jumaat yang barokah perbanyakkan sedekah, selawat ke atas nabi Muhammad SAW dan berdoa. Mana tau semua hajat dan doa kita akan dimakbulkan. Tinggal 2 minggu lagi anak-anak akan menghabiskan sesi persekolahan 2015. Terasa cepat sangat masa berlalu. Ini bermakna kami masa untuk kami meninggalkan rumah ini sudah hampir tiba. Allahu tak terbayang bagaimana agaknya bila saya nak berjumpa dengan kawan dan jiran nak ucapkan selamat tinggal pada mereka. Mampukah saya nak menahan air mata dari tertumpah depan mereka semua. Sememangnya saya ni memang mudah menangis.  Cerita pasal anak pulak. Ini kisah semalam. Seperti biasa bila anak balik dari sekolah ummi akan tengok riak wajah anak- anak. Sebab ummi nak tahu apa yang berlaku sepanjang