Skip to main content

Adik rasa sedihlah Ummi!!

Teks : Zanariah Kamal



Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillah, bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan menghirup udara segar. Meneruskan kehidupan dalam meniti dan mencari keredhaan Ilahi. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hari Jumaat yang barokah perbanyakkan sedekah, selawat ke atas nabi Muhammad SAW dan berdoa. Mana tau semua hajat dan doa kita akan dimakbulkan.

Tinggal 2 minggu lagi anak-anak akan menghabiskan sesi persekolahan 2015. Terasa cepat sangat masa berlalu. Ini bermakna kami masa untuk kami meninggalkan rumah ini sudah hampir tiba. Allahu tak terbayang bagaimana agaknya bila saya nak berjumpa dengan kawan dan jiran nak ucapkan selamat tinggal pada mereka. Mampukah saya nak menahan air mata dari tertumpah depan mereka semua. Sememangnya saya ni memang mudah menangis. 

Cerita pasal anak pulak. Ini kisah semalam.
Seperti biasa bila anak balik dari sekolah ummi akan tengok riak wajah anak- anak.
Sebab ummi nak tahu apa yang berlaku sepanjang berada di sekolah..
Kadang- kadang belum sempat nak tanya, anak akan datang bercerita itu ini.
Cerita happy, cerita sedih, marah dengan sesiapa, semua akan diceritakan.. Ummi akan menjadi pendengar setia.
Apa yang dia rasa semua akan diluahkan..
Dah 2 hari ni 2 hero takde mood,
Nak tidur awal, Ingatkan sakit atau demam?
Seperti biasa ummi akan menjadi penyiasat yang berjaya..
Korek punye korek akhirnya yang sorang buka mulut
Sebenarnya adik rasa sedih...
Dah sedih pulak,
Allah .. Perkataan sedih itu saje dah buat ummi sedih, pilu
Takpelah ummi kata tidurlah dulu, esok dah ready cerita kenapa sedih..
Dalam hati ummi macam dah dapat agak kenapa hero berdua ni sedih..
Ummi cepat keluar bilik cari ayah...
Episod sedih bersambung kat luar pulak..
Kenapalah hati ini lemah sangat. 

Ya Allah berilah kekuatan hati pada saya dan anak-anak. Supaya setiap langkah kami di permudahkan.

Sebenarnya, anakanda Haziq dan Harraz rasa sedih nak tinggalkan sekolah , kawan-kawan dan guru mereka. Ummi faham, bukan senang nak berpisah ye tak. Itulah kawan bermain, bergurau, belajar dari umur 7 tahun hingga 11 tahun bersama. Lepas ni nak cari kawan baru pula, nak sesuaikan diri pulak dengan sekolah baru. Semuanya memerlukan pengorbanan.

Semasa pergi sekolah hari tu, untuk isi borang pertukaran sekolah, Ummi dah rasa sayu sangat hati. Entah kenapa, pandang wajah cikgu, kawan sekelas anak dari jauh dah buat hati ini jadi sebak. Tak sanggup, memang tak sanggup. 

Tak tahulah hari Jumaat last sekolah tu, ada hari terbuka untuk ambil report card. Rasa ummi tak mahu pergilah. Ummi tak mahu nangis di sana. Nak pujuk suami yang ambil. Haziq pulak memujuk suruh ummi yang datang. Adui sungguh ummi ni tak kuat. InshaAllah boleh juga jumpa cikgu-cikgu dan bermaaf-maafan.

Tetiba teringat lagu ni, 
Pertemuan perpisahan
Adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati jangan lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Moga di lain waktu dan hari berjumpa lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b