Teks : Zanariah Kamal
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum semua..Alhamdulillah kami baru saja selesai makan tengahari. Hari ini kami makan spagheti. Masak simple-simple sahaja. Kebetulan badan tak berapa enak. Yang penting anak suka sudah. En suami saja yang tak lalu makan spageti. Tekak orang Melayu tulen. Dah duduk Itali pun tak mau mencuba spagheti sedap ni. Tapi kalau pizza jangan cakap. Memang berselera.
Takpelah biarkan saja. Disebabkan tak lama lagi dah nak berpindah, saya mencari idea untuk datang mood di rumah baru. Rumah teres yang belum renovate apa-apa. Pening juga memikirkan nak ceriakan rumah tu nanti.
Hari ini mula menggoogle untuk mencari idea. Saya rasa macam nak tukar langsir. Nak mencuba langsir eyelet pulak. Nak buat pun senang. Bila lagi nak tunjuk bakat menjahit langsir. Modal untuk yuran kelas menjahit langsir dulu pun belum dapat balik. Rasa macam nak menjahit semula pulak dah. Tapi mampukah buat kerja dengan mesin jahit comel SINGER tu yang tersangat manja dan lembut. Buat kasar sikit jadi kejung..
InshaAllah berazam nak jahit juga untuk rumah baru kami di Melaka nanti.Sekarang idea menjahit dah ada, yang belum ada warna tema. Pemilihan tema selalu saja tak tepat. Kali ini saya nak buat yang betul-betul cantik, tertarik dan menarik. Mudah-mudahan bila tetamu datang tengok cantik, berminat nak tempah. Mula berangan pulak ni..
Saya dah jumpa contoh langsir eyelet yang cantik. Jemput tengok. Saya simpan di sini untuk tatapan saya nanti. Inilah dia contoh langsir eyelet yang mungkin ada yang tak tahu. Senang dan simple je kan. Nanti kalau ada kesempatan saya tunjukkan cara jahit langsir ini.

Comments
Post a Comment