Skip to main content

Nasi Lemak Wak Leman Terbaik!!

Teks : Zanariah Kamal


 

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan masa mencatat rasa hati di sini. Meninggalkan coretan sebagai kenangan. Terima kasih kepada anda yang sudi singgah blog saya yang tak sebarapa ini.

Hari ini  suami membawa pulang 3 bungkus nasi lemak. 

Saya tak perlu tanya nasi lemak siapa ni. Tengok bungkusan saja saya dah tahu, ini nasi lemak Wak Leman.

Wak Leman ialah salah seorang kawan baik suami.Tinggal di Shah Alam. Sejak menjadi vendor di Fakulti Kejuruteraan orang yang paling rapat dengan suami ialah Wak Leman. Mereka berdua ni memang rapat. Alhamdulillah dipertemukan dengan Wak Leman. Mungkin rezeki kami. 

Kenapa saya kata rezeki kami. Melalui beliau suami terus dan kekal dengan bisnes yang kami lakukan sekarang. Nama suami sudah sebati di Fakulti Kejuruteraan. Rezeki kami tidak putus, ada sahaja projek di situ.

Hubungan suami dengan Wak Leman ni macam bapa dengan anak kalau di lihat dari segi usia. Tapi atas urusan profesion lebih kepada senior dan junior.

Sebenarnya saya tersentuh hati bila makan nasi lemak ni. Mana tidaknya, isteri Wak Leman selalu sahaja pesan untuk beri nasi lemak pada suami. Kadang-kadang suami saya memberi alasan tak sempat untuk singgah di Makmal ambil nasi lemaknya. Bukan apa, malu nak ambil percuma. Wak Leman tak mau ambil duit. 

Yang menariknya, pada suatu hari suami singgah juga Makmal atas urusan kerja. Ada beberapa bungkus nasi ni bawa balik bagi nak isteri kat rumah, pesan Wak Leman pada suami. Dengan rasa bersalah suami ambil juga nasi lemak. Sampai saja di rumah, suami bagi kat saya, suruh makan nasi lemak tu. Saya pun membuka nasi lemak tu, dalam hati ni dah berkata, elok lagi ke nasi ni. Dari pukul 5 pagi dah siap bungkus. Dah berapa jam dah ni, mesti basi. Tengok-tengok nasi tu tak basi. 

Sungguh saya terkejut. Ya Allah, inikah yang dikatakan ikhlas. Kita tidak dapat menilai keikhlasan sebenarnya. Saya pun makanlah nasi lemak itu. Memang tak berubah, sambalnya yang sedap itu buat anak-anak teringat saja nasi lemak Wak Leman.

Wak selalu cakap, isterinya selalu pesan kat wak jangan lupa bagi nasi lemak pada awak. Suami saya pun berkata, kenapa susah-susah Wak. Kalau takde tak pe. Tak boleh kata Wak Leman, isterinya selalu pesan suruh bagi juga kat awak. Agaknya isteri Wak Leman terhutang budi pada suami kot. Sebab kalau balik Melaka, suami mesti beli belacan bagi Wak Leman. Belacan itulah yang digunakan untuk buat sambal nasi lemak. Memang sedap sambal nasi lemak Wak Leman.

Sayang Wak Leman pada isterinya tidak boleh digambarkan. Wak Leman yang banyak membantu isterinya dalam proses menyediakan bahan untuk nasi lemak. Serba-serbi Wak Leman akan bantu. Dulu emak saya pun pernah menjual nasi lemak, tak pernah saya tengok abah saya tolong emak. Abah hanya tolong hantarkan saja di kedai. Bahan-bahan emak yang mencari. Jolok buah kelapa, mesin kelapa, tebang pokok pisang ambil daun. Gunting lada, rebus lada, mesin lada sampailah jadi sambal semuanya emak buat sendirian.  Pernah suatu hari saya terlihat jari emak hancur terkena mata mesin kelapa. Kebetulan mata mesin baru di tukar. Aduh!! pilu hati saya. Emak masih meneruskan kerja-kerja di dapur dengan membuat kuih dah nasi lemak. Semuanya kerana hendak mencari duit lebih. Tak mengapalah, rezeki masing-masing. Tak semua lelaki tak de belas ihsan pada isteri. Hanya segelintir sahaja sikap macam tu.

Sambung semula kisah nasi lemak Wak Leman ni. Sewal 5.00 pagi Wak Leman akan menolong isterinya membungkus nasi lemak untuk dijual. Setiap hari isteri Wak Leman akan menyiapkan tempahan nasi lemak yang banyak. Tempahan dari tempat kerja anak-anak dan kawan sekerja Wak Leman.

Wak Leman akan membawa 80 hingga 100 bungkus setiap hari bergantung pada order dengan membonceng motosikal. Nasi lemak di masukkan dalam bekas plastik bertutup. Diletakkan di belakang motosikalnya. Nasi Lemak di bawa ke pejabat dan seawal 8.00 pagi sudah sampai pejabat. Hujan, ribut tiada halangan. Apa yang dia fikir nak bantu isteri yang ingin menolong menambah pendapatan keluarga. Syabas Wak Leman nasi lemak makin mendapat sambutan. Kalau nak rasa nasi lemak Wak Leman bolehlah cari di Fakulti Kejuruteraan UM.




Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b