Skip to main content

Posts

Jenis Senaman Dan Kebaikannya

Teks: Zanariah Kamal Foto: Koleksi Peribadi   kawasan riadah dan permainan Tasik Perdana Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum..Alhamdulillah sudah dua hari dapat buat senaman. Dah lama tak buat senaman ringan. Kerajinan saya datang secara tiba-tiba. Sejak perasan otot dah jadi lembik dan terasa letih sejak akhir-akhir ni. Rugi siapa yang malas bersenam tau. Banyak faedahnya untuk kesihatan diri terutama sekali. Sekarang saya tengah kempen kat suami supaya buat senaman dan joging semula. Ada banyak jenis senaman, jadi pilihlah yang sesuai dengan diri dan  kemampuan kita. Senaman adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampu membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani. Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan riadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kua...

Doa Di Depan Anak-Anak

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmanirahim Asslamualaikum. Pernah tak kita mendoakan khusus untuk seseorang anak kita, di hadapan mereka? Saya  kongsikan sebab saya baru selesai baca buku kemahiran mendidik anak. Buatlah begitu  setiap kali lepas solat bersama anak kita. Atau doakan anak-anak ketika mereka hendak tidur. Sebut dengan jelas permohonan kita kepada Allah untuk mereka. Dan doakan setiap orang anak dengan menyebut nama mereka satu persatu bukan sekadar berdoa secara keseluruhan. Menurut penulis, cara ini dapat menyedarkan anak-anak bahawa kita menyayangi mereka dan memberi perhatian berat kepada kesejahteraan hidup mereka di dunia dan akhirat. Doa ini juga dapat melatih anak membina asas hubungan yang kuat dengan Allah dan sentiasa bergantung pada pertolongan dan rahmat Allah. Sekadar berkongsi, moga Allah sayang.

Resipi Brownies Cheese Kukus

Brownies: Bhn A 2biji telur 1/2 cwn susu cair 1/2 cwn susu pekat manis 100ml minyak 1/2 cwn gula castor Bhn2 yg diayak bersama: 1/3 cwn serbuk koko 1/2 cwn tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh baking soda Satukan bhn2 A dan msukkan ke dalam blender,, kisar perlahan2 hingga sebati. Masukkan bhn2 yg diayak dan dikisar lg hingga sebati,, masukkan ke dlm loyang yg digriskan dahulu dan dialas dgn kertas mnyak,, kukus lbh kurang 25-30minit hingga masak.(simpan sket shaja adunan utk bt corak ats lapisan keju nnti). Bila brownies dh msak, bru tuangkan adunan keju diatasnya,, Lapisan keju: 500gm cream cheese 4biji telur 140gm gula halus Sdikit esen vanilla

Tips Menetapkan Azam

Teks: Zanariah Kamal   Bismillah.. Assalamualaikum Salam Maal Hijrah, selamat tahun baru 1436H. Tentunya kita semua mempunyai azam yang lebih baik pada tahun baru. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat sebab azam tahun lepas hampir berjaya. Pada tahun ini lebih kepada meningkatkan lagi kualiti serba serbi. Sudah tentu azam seorang ibu ialah menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Menjadi contoh dan role model kepada anak-anak. Sebagai isteri, ingin menjadi isteri yang taat. Sebagai anak, ingin menjadi anak yang berjasa pada ibu bapa. Pada masyarakat pula ingin menyumbang sesuatu yang bermanfaat. Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan  azam tahun baru . Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu sesuai dengan kapasiti kita. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi. Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam. Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana me...

Ibu, Sumber Inspirasi Selamanya

Teks : Zanariah Kamal Foto : Hiasan Ibu bergenang airmataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Biarpun kepahitan telah engkau rasakan Tidak pun kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu Dari kecil hingga dewasa Hidupmu kau korbankan Biarpun dirimu telah terkorban Tak dapat ku balasi Akan semua ini Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum.. Emak seorang insan yang dipanggil emak. Yang selalu dirindui. Pelbagai dugaan yang emak alami sedari kecil, berumah tangga hinggalah sekarang setelah bergelar nenek. Dugaan hidup emak amat berat, bila difikirkan apa yang ditanggung memang tak sanggup untuk ku tanggung. Hati emak tabah dan kuat. Biar pun emak tidak bersekolah tinggi, setakat darjah 4, tapi fikiran emak untuk masa depan anak-anak tidak pernah berhenti. Masa kecil, emak selalu cerita kisah hidupnya yang amat susah. Mas...

Kehidupan Berkeluarga Umpama Pelayaran Sebuah Bahtera

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Melayari bahtera memerlukan jiwa yang kental. Ombak dan badai sudah menjadi asam garam bagi seorang nakhoda yang cekal. Tanpa kesabaran dan keyakinan kepada Allah Yang Maha Perkasa seorang nakhoda mungkin akan mati sebelum bahteranya karam di lautan. Kepanasan , hujan dan ribut boleh menggoyahkan hati dan menenggelamkan harapan seorang nakhoda untuk sampai ke destinasi yang belum pernah dijejakkan kakinya. Pembantu nakhoda pula apa kurangnya. Sedang nakhoda sibuk dengan layar dan kompasnya, pembantu nakhoda pula memainkan peranan di belakangnya. Melayani karenah para kelasi dan penumpang mungkin sama atau lebih sukar daripada tugas seorang nakhoda. Ketakutan dan kegelisahan yang menyelubungi kelasi dan penumpang yang masih mentah dengan kehidupan di lautan perlu di atasi. Atau kenakalan kelasi perlu ditangani dengan penuh hikmah. Sebenarnya itulah gambaran suasana sebuah keluarga. Bapa selaku nakhoda, ibu selaku pembantunya. Kelasi dan pen...

Didik Anak Bersih, Latih Atau Leter?

Teks : Zanariah Kamal Foto : Hiasan Bismillah.. Assalamualaikum.. Berleter, melatih, letih. Apa yang saya nak cerita pagi-pagi ini ye? Semua ibu pasti mengalami situasi yang sama apa yang saya alami. Lebih- lebih lagi dalam usaha melatih anak jaga kebersihan. Pengalaman anak ramai kadang- kadang memang cukup teruji kesabaran. Lebih- lebih lagi bab nak mengajar anak tentang kebersihan. Pagi-pagi dah berleter suruh anak memberus gigi. Memang menguji kesabaran sebenarnya. Bermacam- macam alasan yang mereka beri. Itu waktu pagi, bila tiba waktu makan dan tak sabar- sabar nak menjamah makanan leter lagi suruh basuh tangan. Sebenarnya kita sebagai ibu memang kena banyak bersabar, jangan cepat mengeluh dan putus asa kerana untuk menanamkan sesuatu tabiat sering kali memakan masa yang lama. Untuk mempercepatkan anak-anak mengamalkan tabiat kebersihan yang baik, ibu bapa perlu menunjukkan contoh. Kadang- kadang sikap kurang sabar kita menegur anak membuat anak susah diben...