Skip to main content

Ibu, Sumber Inspirasi Selamanya



Teks : Zanariah Kamal
Foto : Hiasan





Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum..

Emak seorang insan yang dipanggil emak. Yang selalu dirindui. Pelbagai dugaan yang emak alami sedari kecil, berumah tangga hinggalah sekarang setelah bergelar nenek.

Dugaan hidup emak amat berat, bila difikirkan apa yang ditanggung memang tak sanggup untuk ku tanggung. Hati emak tabah dan kuat. Biar pun emak tidak bersekolah tinggi, setakat darjah 4, tapi fikiran emak untuk masa depan anak-anak tidak pernah berhenti.

Masa kecil, emak selalu cerita kisah hidupnya yang amat susah. Masa kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak lain yang sebaya. Usia 8 tahun sudah buat kerja rumah, membasuh, memasak, mengapak kayu api. Memikul air dari perigi untuk memasak. Usia 8 tahun emak sudah mula mencari duit belanja dengan mengambil upah membuat atap rumbia. Harga atap rumbia yang siap dibuat akan dijual dengan tokeh cina dengan harga 5 sen.

Tak dapat nak dibayangkan keadaan emak masa tu. Masuk hutan untuk mencari daun rumbia. Menebang, memikul dan mengangkat daun rumbia di bawa balik ke rumah. Kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak sekarang jauh berbeza. Tidak ada masa untuk bermain, masa yang ada dipenuhi dengan tugasan.

Dulu emak kata, duit 5 sen boleh beli minyak masak dan beras. Hari-hari emak akan berkira untuk membeli barang keperluan dapur. Ayah emak pada masa tu seorang polis bantuan sahaja. Gaji memang rendah tak tahu ke mana duit gaji ayahnya masa tu.

Sampailah usia emak belasan tahun, emak di pinang oleh abah. Emak seorang yang pemalu, dia akur sahaja pilihan orang tua. Tidak ditolak pinangan itu, akhirnya bergelar isteri kepada abah.

Setelah berkahwin emak tetap tidak merasai kesenangan. Tinggal di rumah emak mertua yang mempunyai anak yang ramai. Tugasan emak bertambah, kerja-kerja rumah seperti mengangkat air menggunakan kandar  sejauh 1 kilometer setiap hari untuk dipenuhkan ke dalam tempayan dan tong di rumah. Cuci baju adik-adik ipar, memasak, masuk hutan mencari kayu api, mengapak kayu, mengangkut kayu api dan bermacam-macam lagi.

Saya kagum dengan sikap emak yang tak pernah menunjukkan rasa penat atau mengeluh. Apa yang ada di fikirannya tak dapat nak dibayangkan. bagaimana emak boleh buat kerja-kerja berat.Emak mula bekerja masa anak 3 orang dengan mengayuh basikal. Berkerja sebagi buruh di ladang kelapa sawit. Waktu kerja separuh hari dari jam 7.30 hingga pukul 12.30. Sampai di rumah emak membuat  kuih untuk di jual. Begitulah rutin emak sampai umur emak 48 tahun.

Setelah saya berkahwin, adik-adik pun dah ada yang bekerja, kami memujuk emak untuk berhenti bekerja. Emak akur dan sampai sekarang emak jadi suri rumah. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan turun di tengahari. Ujian terus-menerus berlaku. Moga emak dikurniakan kesihatan yang baik.

Dari pengalaman yang emak lalui membuatkan saya tidak mahu membuang masa. Dengan kata lain sentiasa sahaja berfikir bagaimana untuk membantu emak selagi hayatnya ada. Oleh kerana saya tidak bekerja dan duduk di rumah, aktiviti saya padat. Saya tak mahu rasa bersenang lenang macam "madam" sedangkan emak saya di kampung tidak senang. 

Dari situ kepala saya ligat memikirkan aktiviti harian. Dan juga mencari pendapatan sampingan dengan berniaga. Niat saya satu, ingin bahagiakan keluarga dan juga bahagiakan emak abah. Orang kata duit bukan boleh beli segalanya, tapi bagi saya segalanya boleh beli dengan duit. 




Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b