Skip to main content

Tips Menetapkan Azam

Teks: Zanariah Kamal

 

Bismillah..

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah, selamat tahun baru 1436H. Tentunya kita semua mempunyai azam yang lebih baik pada tahun baru. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat sebab azam tahun lepas hampir berjaya. Pada tahun ini lebih kepada meningkatkan lagi kualiti serba serbi.

Sudah tentu azam seorang ibu ialah menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Menjadi contoh dan role model kepada anak-anak. Sebagai isteri, ingin menjadi isteri yang taat. Sebagai anak, ingin menjadi anak yang berjasa pada ibu bapa. Pada masyarakat pula ingin menyumbang sesuatu yang bermanfaat.

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu sesuai dengan kapasiti kita. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.

Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.
Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.
1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Jika kita ada berazam pastikan niat kerana Allah. Tanamkan kepercayaan  bahawa Allah ingin melihat kita berjaya sebagai muslim atau muslimah berjaya supaya kejayaan itu dapat memberi contoh kepada orang lain untuk berjaya seperti kita. Berusaha agar kejayaan kita menjadi contoh kepada orang lain.

2.  Anggap kerja keras untuk pencapaian azam sebagai ibadah
Kita sedia maklum memburu kejayaan juga satu ibadah sunat. Tiap kali kita berusaha niatkan kerana Allah, supaya apa yang kita buat menjadi ibadah. Moga apa yang kita lakukan mendapat pahala. Bekerja dan berusaha untuk mencapai kejayaan dipermudahkan  sekaligus  mendapat keredhaan Allah.

3. Lebih melakukan perkara baik
Apa jua yang kita capai , pastikan mendahulukan Allah Yang Maha Esa. Berbakti kepada orang sekeliling supaya dengan cara ini kita mungkin mendapat redha Allah. Bila Allah redha lagi senang mendapat kejayaan.

4.  Niat untuk kebaikan bersama
Apa jua yang kita mahu capai niatkan untuk kebaikan bersama, bukan untuk kepentingan peribadi. Niat untuk menjadi ibu cemerlang, dan berjaya dalam perniagaan contohnya, kita niatkan juga kejayaan itu untuk anak-anak dan keluarga.

5.  Elak dari merasa diri lebih bagus
Jangan niat atau set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, berasa kagum dan ingin dipuji. Amalkan tips di atas untuk mencegah kita dari berasa ingin dipuji semata-mata, atau ingin bermewah-mewah. Kesukaran untuk mencapai azam bakal berlaku. Wallahualam.

Pastikan juga kita sentiasa bersemangat dan bermotivasi atau tidak rasa tertekan. Jika gagal usaha lagi dan lagi. Jika kita kerap gagal, cuba semak balik niat atau "nawaitu" kita.  Moga inpian kita tercapai. 

Dan juga jangan lupa baca doa akhir tahun pada petang ini.

 Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 24 Oktober 2014 (Jumaat).


Semoga Allah Redha, Semoga Allah Sayang. 
 




Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b