Skip to main content

Kehidupan Berkeluarga Umpama Pelayaran Sebuah Bahtera

Teks: Zanariah Kamal



Bismillah..

Melayari bahtera memerlukan jiwa yang kental. Ombak dan badai sudah menjadi asam garam bagi seorang nakhoda yang cekal. Tanpa kesabaran dan keyakinan kepada Allah Yang Maha Perkasa seorang nakhoda mungkin akan mati sebelum bahteranya karam di lautan. Kepanasan , hujan dan ribut boleh menggoyahkan hati dan menenggelamkan harapan seorang nakhoda untuk sampai ke destinasi yang belum pernah dijejakkan kakinya.

Pembantu nakhoda pula apa kurangnya. Sedang nakhoda sibuk dengan layar dan kompasnya, pembantu nakhoda pula memainkan peranan di belakangnya. Melayani karenah para kelasi dan penumpang mungkin sama atau lebih sukar daripada tugas seorang nakhoda.

Ketakutan dan kegelisahan yang menyelubungi kelasi dan penumpang yang masih mentah dengan kehidupan di lautan perlu di atasi. Atau kenakalan kelasi perlu ditangani dengan penuh hikmah.

Sebenarnya itulah gambaran suasana sebuah keluarga. Bapa selaku nakhoda, ibu selaku pembantunya. Kelasi dan penumpang adalah gambaran kepada anak- anak. 

Dalam mengharungi liku- liku kehidupan pasti seorang bapa atau ibu menghadapi pelbagai kesukaran. Bapa perlu bekerja keras menyara dan membina keluarga. Makan- minum, pakaian ,tempat tinggaldan pendidikan perlu disediakan secukupnya. Ibu pula sibuk dengan tugas- tugasnya di rumah yang tidak pernah mengenal rehat dan noktah berakhir. Ada sahaja yang perlu dibereskan.

Setiap inci rumah perlu diperhati. Belum lagi melayan karenah anak- anak yang masih mentah atau terlalu masak dengan dunia keseronokkan. Pendek kata, itulah rumah dan itulah pejabat bagi seorang ibu.

Contoh permasalahan yang dihadapi sedikit sebanyak boleh mengundang stress. Apatah lagi jika ibu dan bapa tidak sehaluan. Pergeseran antara ibu dan bapa jika tidak dibendung akan menghasilkan percikan api-api kecil yang akan memyemararakkan api stress. 

Oleh itu kita memohon dan berdoa pada Allah perlindungan daripada ujian atau sebarang musibah.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b