Teks : Zanariah Kamal
Foto : Hiasan
Bismillah..
Assalamualaikum..
Berleter, melatih, letih. Apa yang saya nak cerita pagi-pagi ini ye? Semua ibu pasti mengalami situasi yang sama apa yang saya alami. Lebih- lebih lagi dalam usaha melatih anak jaga kebersihan. Pengalaman anak ramai kadang- kadang memang cukup teruji kesabaran. Lebih- lebih lagi bab nak mengajar anak tentang kebersihan.
Pagi-pagi dah berleter suruh anak memberus gigi. Memang menguji kesabaran sebenarnya. Bermacam- macam alasan yang mereka beri. Itu waktu pagi, bila tiba waktu makan dan tak sabar- sabar nak menjamah makanan leter lagi suruh basuh tangan.
Sebenarnya kita sebagai ibu memang kena banyak bersabar, jangan cepat mengeluh dan putus asa kerana untuk menanamkan sesuatu tabiat sering kali memakan masa yang lama.
Untuk mempercepatkan anak-anak mengamalkan tabiat kebersihan yang baik, ibu bapa perlu menunjukkan contoh.
Kadang- kadang sikap kurang sabar kita menegur anak membuat anak susah dibentuk.
Situasi yang selalu juga kita lakukan dalam dialog ini memburukkan lagi keadaan.
" Tak basuh tangan sudah makan? Isy , pengotor betul budak ni" bentak si ibu ketika anak tidak sabar-sabar memakan kuih yang baru di bawa balik oleh ayahnya.
Anak terus masam muka, selera pun hampir hilang. Terus ke sinki membasuh tangan. Kembali semula ke meja untuk menikmati kuih tadi. Tetapi kuih itu tidak selazat seperti mula- mula tadi.
Sikap seperti ini memang diamalkan oleh ibu bapa yang panas baran. Dalam usaha melatih anak-anak menjaga kebersihan serta adab sopan, ibu bapa kadang- kadang kurang sabar dengan anak-anak yang agak cuai.
Kalau boleh, nak anak-anak terus mendengar kata setelah sekali dua diberitahu. Kalau berkali- kali cakap dak dipatuhi juga, anak- anak sudah dianggap terlampau degil dan mesti dimarahi serta dihukum.
Memanglah memarahi , mengherdik, memiat telinga, merotan dan lain- lain bentuk hukuman kelihatan cepat berkesan, mendatangkan hasil. Tetapi kita lupa bahawa sikap demikian sebenarnya melambatkan proses menerap sifat- sifat baik ke dalam diri anak. Ini pendapat sayalah. Lebih teruk lagi menimbulkan kesan negatif kepada anak-anak tanpa disedari.
Saya nak kongsikan apa yang saya pelajari dari sebuah buku bertajuk " Shaping Your Child Behaviours"
Antara kesan negatif yang akan timbul kepada anak kita akibat dari sikap panas baran ibu bapa, ialah ;
1. Anak-anak akan turut mewarisi sikap panas baran yang ditunjukkan ibu bapa. Sikap ini akan terserlah ketika mereka bergaul dengan kanak- kanak lain atau sesama adik- beradik.
2. Anak- anak hanya akan menjaga adab sopan di depan ibu apa sahaja.
Dengan kata lain cara kita mendidik dengan panas baran itu tidak membuahkan hasil yang positif.
Oleh itu, kita perlulah bersabar dan mengetahui cara yang baik untuk melatih anak-anak sehingga sikap sukakan kebersihan itu menjadi tabiat atau kebiasaan dalam diri mereka.
Peringatan untuk diri sendiri agar bijak melatih anak- anak, dan dijauhkan sikap suka berleter.

Comments
Post a Comment