Tuesday, 18 March 2014

Belajar Rajin-Rajin Nanti Cerah Masa Depan

Teks : Zanariah Kamal

Bismilllah...
Assalamualaikum... Alhamdulillah pagi Isnin yang tenang, damai dan mendamaikan. Bermulalah episod baru dalam minggu baru. Bagi ibu-ibu yang bergelar surirumah tentunya sibuk memikirkan aktiviti baru dan memenuhi jadual kerja sebagai suri. Dari sebelum subuh hingga malam. Aktiviti semuanya telah di setkan di minda. Tak perlu ditampal di mana-mana, seperti jadual waktu sekolah anak-anak. Segalanya telah terakam dan kita hanya perlu melaksanakan sahaja tugasan tersebut.

Segala tangungjawab yang tergalas dibahu kita, sebaik mungkin cuba melakukan agar dapat hasilkan kesempurnaan untuk keluarga tercinta. Penat, letih memang menjadi mainan kita sebagai isteri dan ibu. Melihat anak-anak dan suami tersenyum puas makan masakan air tangan sendiri sudah cukup bagi kegembiraan untuk kita. Hilang rasa penat dan letih. Suami pula jenis yang pandai memuji lagilah bangga dan bermotivasi.

Saya mula memikirkan tindakan yang harus diambil untuk membantu tingkatkan prestasi anak sulung, Afiq namanya. Afiq akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. 2014 merupakan tahun yang buat saya tak boleh rasa tenang selagi anak belum menduduki peperiksaan. Maklumlah kali pertama anak menduduki peperiksaan besar. Semasa darjah 5 tahun lepas ada menduduki peperiksaan UPKK sekolah rendah Agama. Alhamdulillah mendapat 8A, keputusannya cemerlang.

Saya cuba menerangkan matlamat. Selalu juga sematkan dalam fikirannya " Belajar rajin-rajin, nanti cerah masa depan". Tak tahu entah dia faham atau tidak apa yang saya cuba sampaikan. Dia macam biasalah, angguk. Tindakkan belum berapa nampak lagi. Mungkin belum berapa faham.

Sesekali ada juga bagi motivasi pada anak. Untuk berjaya dengan cemerlang, anak perlu ada matlamat yang jelas, khusus dan mencabar. Kita tidak tahu adakah anak kita pergi ke sekolah, serius untuk belajar atau sekadar berseronok-seronok bersama kawan? Bila saya tanya kenapa anak pergi sekolah? Jawapannya belajar. Betullah jawapan yang diberi.

Bukan senang rupanya nak menyampaikan pada anak apa matlamat belajar. Panduan dan strategi membimbing anak supaya mereka bijak belajar perlu diketahui. Dengan ini membantu anak mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. 

Ibubapa perlu sentiasa proaktif dan bukannya reaktif dan negatif apabila berdepan dengan masalah anak. Saya selalu berpegang dengan kata-kata " Kita hanya mendidik anak sekali sahaja, sementara mereka bersama kita. Doakan anak-anak agar menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Bersedialah menghadapi cabaran untuk mendidik anak agar mencapai matlamat. Luangkanlah masa untuk anak dan fahami diri anak serta kelemahan anak. Supaya tindakan susulan akan mudah untuk dilakukan. Peringatan untuk diri sendiri. Semoga dapat menjadi ibu terbaik pada anak-anak dan kawan pada anak-anak. Ini juga salah satu azam saya, sejak anak pertama saya lahir. Insha Allah. Semoga dengan sentuhan kita sebagai ibubapa mampu melahirkan anak bijak dan cemerlang.

Ingatlah, sesiapa saja yang meluangkan masa untuk keluarga kerana Allah, maka ia akan dianggap sebagai satu sedekah. (Maksud Hadis) 



Sekian, wasalam.
Semoga Allah Sayang, Senyum Itu Penawar



No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...