Friday, 14 March 2014

Wanita Super

Teks : Zanariah Kamal




Bismillah...
Assalammualaikum semua. Hari ini saya tergerak hati hendak menulis tentang wanita yang sememangnya hebat. Mana taknya dialah ibu yang telah melahirkan anak yang ramai, dialah isteri, dialah pemandu, dialah juga pembantu rumah, pembantu suami, cikgu kepada anak-anak. Selagi semua ahli keluarga belum tidur, dia tidak akan tidur. Masih berjaga menyiapkan kerja rumah yang tertangguh siang tadi.

Agak-agaknya siapa yang boleh bergelar wanita super? Mengapa pula mereka digelar wanita super? Ohh..meraka ini ialah isteri-isteri yang suka memberi atau berkhidmat pada suami, tapi tak minta satu sen pun daripada jasa bakti mereka itu. Suami hendak hargai atau tidak, dia tak kisah. Yang dia tahu kalau dia ikhlas memberi, pasti Allah hargai dan memberinya ganjaran pahala dan balasan yang setimpal di akhirat kelak.

Saya tabik sungguh pada perempuan macam ini. Payah hendak jumpa dan semakin pupus pula golongan ini. Mereka memang layak digelar wanita super.

Tapi saya rasa ada segolongan wanita yang lebih hebat dari wanita super ini. Mereka ialah isteri-isteri yang tak tahu mengenang budi suami dan tidak tahu pun suaminya adalah pemegang kunci pintu syurganya.

Mana tidaknya, orang lain kahwin dia pun nak kahwin. Orang lain tu kahwin penuh dengan kefahaman tentang hikmah perkahwinan dan tanggungjawab isteri dalam rumahtanngga. Bila sudah kahwin tercari-cari buku bagaimana nak menguruskan rumahtangga. Dapat pula buku yang di baca ditulis oleh orang barat. Memang tak akan jumpalah tips-tip yang berguna untuk mengalirkan pahala. Contohnya, dalam buku tulisan barat tak ada beritahu setiap butir beras yang kita masak untuk keluarga itu berzikir untuk kita. Kalau kita memilih buku yang islami pasti ada catit pahala buat isteri jika isteri buat itu ini. Contohnya, setiap peluh yang mengalir tatkala kita sedang mencuci pakaian keluarga itu ada pahalanya. Dan balasannya di akhirat kelak. 

Beruntung jadi wanita ini sebenarnya. Kesakitan sewaktu mengandung dan melahirkan anak itu merupakan kifarah dosa dan jika ditakdirkan mati, akan dikira mati syahid. Dan banyak lagi kelebihan kepada isteri jika patuh pada suami. Tidak menolak kehendak suami, sepanjang malam malaikat akan menjaga kita. 

Tapi jangan jadi isteri yang rugi. Tak reti nak memberi, tapi asyik meminta itu ini pada suami. Rumahtangga boleh jadi neraka dunia. Untuk mendapat rumahtangga yang aman, makmur bahagia, mesti ada kasih sayang, hormat-menghormati. Barulah rahmat Allah akan turun dan mendapat keampunan Allah.

Kepada isteri yang  suami jenis yang tak reti menghargai pemberian kita, macam mana pulak ye? Kita kena ingat, walau bagaimana sekalipun, dia tetap suami kita dan berada satu tahap lebih tinggi daripada kita. Kedudukannya jauh lebih tinggi dari bos di pejabat, malah lebih tinggi dari ibu bapa kita. Jika dia lupa hendak hargai kita , tidak mengapa Allah pasti tidak lupa. Insha Allah..


Sekian, wassalam.
Semoga Allah Sayang, Senyum Itu Penawar
Zanariah Kamal

No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...