Skip to main content

Bercuti Dan Persiapan Si Kecil Perlu Diutamakan

Teks : Zanariah Kamal


Bismillah..
Assalamualaikum..

Pengalaman pertama kali bercuti bersama keluarga ada seronok dan tidak seronoknya. Apatah lagi kepada yang membawa anak-anak kecil. Maklumlah anak-anak mempunyai pelbagai ragam, daya tahan yang tidak kuat dan masih tidak mampu untuk mengurus diri sendiri.

Cuti persekolah akan bermula tidak beberapa hari saja lagi. Ada ibu-bapa yang sedang merancang percutian. Kami sekeluarga pula akan ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Menghadiri walimah dan bersilaturahim dengan keluarga pengantin perempuan. Adik lelaki saya telah bertemu jodohnya di sana. Semoga perjalanan kami sekeluarga selamat dan dipermudahkan.

Cerita pasal bercuti, kita sebagai ibu bapa jangan lupa persiapan sikecil. Jangan kerana dek kerana terlalu seronok bercuti dan berjalan jauh, kurang peka bahawa kita berada di tempat yang berbeza daripada kediaman biasa kita. Yang terjadi sebaik-baik kembali dari percutian , anak-anak jatuh sakit. 

Untuk mengelakkan hal itu berlaku, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Apa yang penting, jika ingin membawa anak kecil bercuti, buat perancangan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bertolak. 

Antaranya :

1. Makanan yang berzat
Walaupun selama ini anak-anak sudah diberikan makanan yang berzat, tetapi untuk tujuan bercuti, tambahkan lagi sedikit khasiat dalam pemakanannya, seperti buah-buahan atau pun jus dan makanan berprotein tinggi.

2. Pengambilan Vitamin
Jangan lalai untuk memberi vitamin secara teratur. Atau jika perlu, dapatkan khidmat nasihat doktor.

3. Rehat yang cukup
Tidak dinafikan, bukan mudah untuk membatasi anak-anak yang terlalu aktif. Walau apa pun, anda perlu hindarkan anak-anak daripada aktiviti yang terlalu lasak.

4. Penyakit yang mengancam
Berada di tempat baru, adalah sesuatu yang paling menyeronokkan bagi anak-anak. Apatah lagi bercuti bersama ahli keluarga yang besar. Anak mempunyai ramai rakan sebaya atau jika ia paling kecil pasti akan menjadi perhatian. Berseronok bermain dengan suasana baru juga membuat anak kita terdedah dengan penyakit. Risiko untuk mendapat selsema, batuk, cirit-birit, kulit terbakar, gigitan serangga dan macam-macam lagi.

Berikut antara tips yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan risiko begini

1. Aturkan waktu makan yang teratur. Usahakanlah dengan sebaik mungkin. Jika anak masih enggan makan, beri makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

2. Jangan biarkan anak mengambil terlalu banyak snek, terutama yang manis dan masin.  Beri makan biskut atau roti kegemaran.

3.  Awasi pemakanan anak, sebaiknya bawalah bekalan dari rumah. Selain menbawa makanan utama bawalah makanan ringan berkhasiat. Bawa dengan kuantiti yang mencukupi.

4. Pastikan anak minum banyak air kosong atau pun jus serta pengambilan makanan berserat.

5. Walaupun anak seronok bermaian pastikan ada waktu rehat untuk mereka.

6. Pastikan anak cuci tangan setiap kali menyentuh makanan.

7. Elakkan memberi anak makan atau susu sewaktu dalam kenderaan yang sedang bergerak. Perbuatan ini akan menjurus kepada tekak anak mual atau pun tersedu. Boleh mengganggu selera anak.

8. Pakaikan anak dengan pakaian yang bersesuaian. Serangga gemar kepada warna-warna sepeti kuning, merah dan jingga. Pilih pakaian yang berwarna seperti coklat muda dan kelabu. Elakan memakai pakaian yang terlalu terbuka, bagi mencegah gigitan nyamuk.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda sebelum bercuti.

Sekian, wassalam.
Semoga Allah Sayang, Senyum itu penawar.


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...