Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum semua, moga terus sukses dalam melayari kehidupan ini, bagaimana anda, sudah banyakkah buku yang dibaca? Di harap begitulah ye..macam mana dengan rumah anda, ada sediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah? Kalau ada baguslah, kalau belum atau baru mahu merancang nak buat ikutilah tip di bawah ini.Tip ini saya ambil dari sebuah laman blog, moga ada manfaat untuk anda semua. Kesempatan ke Pesta Buku hari itu, saya ada membeli beberapa buah buku lagi. Sekarang koleksi buku yang ada di rumah sudah bertambah. Suami nak buat perpustakaan mini keluarga. Koleksi buku sekarang mencecah 300 naskah. Itu belum termasuk buku-buku ensiklopedia anak-anak. Moga cita-cita kami jadi kenyataan. Anda minat membaca? Kalau jawapannya ya.. anda juga boleh menggalakkan minat semua ahli keluarga membaca. Bermula dari rumah dan seterusnya di mana sahaja. Perpustakaan Mini di Rumah 1. Untuk galakkan semua ahli k