Teks: Zanariah Kamal
Bismillah. Assalammualaikum. Selamat pagi Sabtu yang ceria. Topik hari ini berkaitan dengan anak-anak dan ibu. Sebelum Subuh setiap kali sibuk menyediakan persiapan anak-anak ke sekolah, sambil menyiapkan sarapan pelbagai tanda dan isyarat hari hendak siang sudah kedengaran.
Tinggal di rumah pangsa kemeriahan waktu pagi kedengaran dari rumah-rumah jiran kiri kanan, atas bawah, depan belakang. Bunyi kokok ayam tidak hebat seperti di kampung. Di sini kedengaran alunan ayat suci al-Quran dari corong menara masjid dan surau-surau berdekatan. Tak cukup dengan itu, bermacam-macam lagu dari 'alarm handphone'.
Hari ini tak sibuk sebab cuti hujung minggu. Sempat saya menulis di blog. Laungan azan Subuh sudah berkumandang. Terasa damai hati ini dapat dengar azan Subuh. Begitu merdu teringat masa zaman kanak-kanak. Sebelum dikejut bangun, hidung dah terhidu bau nasi lemak emak. Sebab emak menjual nasi lemak masa saya kecil dulu. Mood teringat zaman kanak-kanaklah pulak. Apa-apa pun jasa ibu terlalu besar.
Sebenarnya entri saya hari ini bagaimana menjadi ibu hebat. Sebelum menjadi ibu hebat, terlebih dahulu hendaklah kita menjadi anak hebat. Begitulah putaran manusia. Apa yang saya catat melalui pengalaman dan dikongsi dari bahan bacaan saya. Ada ayah, ada ibu, ada anak. Supaya kita menjadi ibu yang baik pada masa akan datang juga menjadi cerminan diri bagimana kita menjadi anak dahulu?
Anak yang dilahirkan hendaklah sentiasa dijaga dan rawat dengan tangan sendiri. Proses mengandung dan melahirkan adalah satu tanggungjawab yang berat dan sengsara. Setiap kita lebih berasa tanggungjawab begitulah betapa besar jasa ibu yang telah melahirkan kita.
Kenang dan balas jasa-jasa ibu bapa. Insha Allah anak kita akan mengikut jejak langkah itu dan menunaikan sebaik mungkin.
Kerana semua perlakuan kita sebagai orang Islam yang sentiasa diberatkan dengan tanggungjawab menghormati ibu bapa.
Semua perlakuan kita adalah contoh kepada anak-anak. Kebahagiaan itu bermula dari rumah.
Semoga kita menjadi anak hebat sebelum menjadi ibu hebat. Nampaknya tak sempat saya habiskan entri dan tinggalkan dahulu catatan saya. Jangan lupa baca seterusnya bertajuk " Tips Menjadi Ibu Hebat". Sekian jumpa lagi.
Semoga Allah Sayang.

Comments
Post a Comment