Skip to main content

Jom Semak Diri

Teks : Zanariah Kamal



Bismillah..
Assalammualaikum.. Alhamdulillah hari ini saya sudah berada di rumah bersama anak-anak dan suami. Esok akan bermula tugasan sebagai suri yang sibuk. Setelah hampir 3 minggu meninggal rumah, duduk di kampung sementara menunggu Fayyadh sihat kembali. 

Ujian datang lagi, saya redha. Dulu di uji saya sakit. Sekarang anak pula yang sakit. Melihat tubuh semakin kecil meruntun hiba hati saya sebagai seorang ibu. Walau apa pun saya kena sabar dan redha. Saya selalu berpesan dalam diri saya andai ditimpa sesuatu yang buruk, saya harus kuat supaya berjaya menerimanya dengan kesabaran untuk melihat kebaikan Allah SWT yang ada disebalik keburukan itu. Selayaknya segala musibah perlu disyukuri kerana orang yang mendapt kebaikan  dunia akan mendapat kebaikan akhirat.

Hidup tidak bermakna tanpa kebaikan. Malah hidup lebih berkualiti apabila dikurniakan hidup dalam kebaikan dan dapat membuat kebaikan. Rasanya orang yang membuat kebaikan akan rasa gembira. 

Cakap pasal kebaikan apa kata kita semak diri kita. Adakah kita terdiri dari orang yang mendapat kebaikan dunia dalam hidup? Kata seorang ulama, orang yang mendapat kebaikan hidup di dunia ialah mereka yang :

1.  Orang yang mendapat ilmu yang memberi manfaat untuk dunia dan akhirat.

2.  Orang yang diberi kefahaman dalam agama.

3.  Kenal dan mampu membezakan antara perkara hak dan batil.

4.  Dijodohkan dengan isteri yang soleh atau suami yang soleh.

5.  Dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan solehah.

6.  Dimurahkan dengan keberkatan rezeki.

7.  Dianugerahi dengan kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan akal fikiran.

8.  Dikurniakan umur yang panjang dalam berbuat amal dan kebajikan.

9.  Dapat hidup dalam zuhud (kesederhanaan) dan warak terhadap dunia.

10. Terdorong atau ada rasa hati untuk berjuang dan berjihad.

Oleh itu marilah kita semak diri kita untuk menilai apakah sedang berada dalam kebaikan hidup. Senarai semak di atas mungkin ada separuh atau kesemuanya. Bersyukur sangat jika kita kena dalam senarai di atas. Walaupun mendapat kebaikan dunia dalam hidup sebenarnya adalah satu rezeki dan peluang namun tidak semua kita bernasib baik. Ada yang ditentukan Allah memperolehinya hanya selepas gigih berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendpatkannya.

Apa yang penting doa, usaha jangan berputus asa.

Sabar, Semoga Allah Sayang.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b