Teks: Zanariah Kamal
Bismillah.
Assalammualaikum. Kembali bersiaran dalam topik khas untuk kaum wanita. Sekarang jam menunjukkan pukul 3:48 pagi hari Ahad. Saya berpeluang menulis pada waktu yang sunyi dan tenang.
Topik hari ini ialah berkaitan dengan kecantikan. Saja nak kongsi. Sebab saya tahu semua wanita ingin kelihatan cantik dan hebat. Apa yang saya kongsikan ini, melalui pembacaan majalah Sihat.
Antara panduan kecantikan yang perlu ada oleh wanita jika ingin jadi "insan cantik" ialah;
1. Bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan
Seorang wanita harus bercita-cita tinggi, harus memiliki wawasan dan matlamat yang ingin dicapai. Semua orang ada cita-cita bukan. Ini salah satu cara menjadi "insan cantik"
2. Tahu membezakan yang mana baik dan buruk
Yang ini juga penting. Kita sepatutnya tahu membezakan perkara baik dengan buruk. Yang buruk tak usahlah kita buat ye, kalau nak cantik.
3. Sayang diri, keluarga dan masyarakat
Hah, sayang diri sendiri amat perlu. Kalau tak sayang diri mulalah buat perkara yang tak elok akhirnya merosakan diri sendiri. Begitu juga dengan keluarga dan masyarakat.
4. Berilmu pengetahuan dan bermaklumat.
Ilmu juga penting. Sebagai wanita seharusnya mendapat sebanyak mungkin ilmu, sama ada akademik, ilmu kesihatan, ilmu kerohanian, dan juga ilmu pengurusan. Kalau tak ada ilmu macam mana kita nak mengurus diri menjadi wanita cantik, kan.
5. Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda
Bab menjaga kesihatan amatlah penting bagi saya. Jika kita sihat sudah tentu penampilan juga sihat. Jiwa tenang dan minda yang baik memang berkait rapat dengan kecantikan.
6. Menghormati diri dan orang lain
Macam mana pula ye, menghormati diri dan orang lain membuatkan seseorang nampak cantik? Sudah semestinya, bila kita pandai menjaga diri dan beradab sopan secara tidak langsung menambahkan lagi aura cantik tu.
7. Berlaku adil
Berlaku adil macam mana pulak tu? Ye, semestinya kita berlaku adil dalam pergaulan dalam keluarga dan masyarakat semasa membuat pertimbangan.
8. Menjauhi maksiat
Wanita cantik takut membuat perkara maksiat. Jadi jangan sesekali buat perkara yang Allah larang ye. Nak cantik kan?
9. Faham hak dan tanggungjawab
Selagi kita tahu hak kita dan tanggung jawab kita, selagi itu kita akan dipandang sebagai wanita cantik.
10. Mesra alam
Mesra alam banyak maksudnya. Mesra dengan masyarakat, makhluk lain seperti menyanyangi haiwan, memelihara alam dengan aktiviti menanam pokok bunga juga membantu kita menjadi wanita cantik.
Secara keseluruhan cantik bukanlah pada paras rupa, tapi cantik yang sebenarnya ialah sikap seseorang.Peribadi baik merupakan lambang "wanita cantik". Tak susah bukan? Semua orang boleh jadi "insan cantik"
Sekian, untuk perkongsian hari ini.
Semoga Allah Sayang. Jumpa lagi.

Comments
Post a Comment