Teks : Zanariah Kamal
Gambar Hiasan : Google
Gambar Hiasan : Google
Bismillah.. Assalamualaikum semua. Masih lagi berpeluang menulis dan berkongsi segala yang terlintas di kepala. Sibuk macam mana pun saya mencari ruang untuk menulis. Orang kata dah seronok. Tapi takut juga syok sendiri.
Sedang duduk lipat kain, tiba-tiba Danisha bertanya, Mama nanti bila kakak dah besar kakak nak pakai baju macam ni ye. Sambil menunjukkan baju kurung saya yang ada. Danisha seorang sahaja yang panggil saya "mama". Lain sikit perangainya. Saya pun tanya kenapa nak pakai baju macam ni? Danisha jawab, " kakak sukalah sebab nak jadi mama, pakai baju cantik-cantik, tudung cantik-cantik". Pada hal tak cantik mana pun baju Umminya. Mungkin pada pandangan mata budak sekecil itu semua milik orang dewasa "nampak cantik". Tak sangka sudah besar anak Ummi, sekejap rasanya masa berlalu.
Insha Allah nanti Ummi belikan untuk kakak. Senyum meleret tanda gembira.
Atau mungkin Danisha sudah ada naluri untuk bergaya. Risau juga dibuatnya, takut kemahuan dia berubah-ubah.Sekarang dia hanya melihat saya berfesyen sebab masih kecil dan sentiasa bersama saya. Alhamdulillah fesyen saya masih simple dan masih menjaga aurat. Macam mana bila sudah besar, dengan persekitaran yang bermacam jenis fesyen.
Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, saya dikurniakan dengan lima orang cahaya mata. 4 lelaki dan seorang puteri iaitu Danisha. Dianugerahkan anak perempuan, membentuk keperibadiannya sudah pasti satu tugas yang cukup mencabar, apalagi di zaman maklumat berada di hujung jari.
Dalam pendidikan anak-anak saya dan suami membahagi tugasan. Untuk agama dikendalikan oleh suami kerana dia lebih arif selok-belok agama. Saya pula lebih kepada praktikal. Suami selalu berpesan, sebagai seorang ibu tidak ada cara lain lagi selain berdamping rapat dengan dunia anak-anak. Sebab itu suami tidak mengizinkan saya bekerja. Suami mahu saya menyelami dan mendampingi hati anak-anak.
Sebenarnya saya cukup prihatin tapi bukan bermakna saya cerewet dengan penampilan anak-anak. Saya akui memang sukar mencari pakaian yang sesuai untuk anak perempuan. Sebagai ibu bapa sewajarnya memilikki etika tertentu dalam mendidik anak berpakaian menurut syariat.
Bak kata seorang ustazah , letaklah Allah di tempat utama. Jika Allah menjadi matlamat kita, Insha Allah hidup kita akan tenang. Begitu juga dengan berfesyen dan berpakaian.
Sekian untuk catatan hari ini. Jangan lupa ikuti catatan saya akan datang. Tajuknya saya sudah ada iaitu Tips Untuk Didik Anak Perempuan Dalam Berpakaian.
Semoga Allah Sayang.
Comments
Post a Comment