Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Resipi Brownies Cheese Kukus

Brownies: Bhn A 2biji telur 1/2 cwn susu cair 1/2 cwn susu pekat manis 100ml minyak 1/2 cwn gula castor Bhn2 yg diayak bersama: 1/3 cwn serbuk koko 1/2 cwn tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh baking soda Satukan bhn2 A dan msukkan ke dalam blender,, kisar perlahan2 hingga sebati. Masukkan bhn2 yg diayak dan dikisar lg hingga sebati,, masukkan ke dlm loyang yg digriskan dahulu dan dialas dgn kertas mnyak,, kukus lbh kurang 25-30minit hingga masak.(simpan sket shaja adunan utk bt corak ats lapisan keju nnti). Bila brownies dh msak, bru tuangkan adunan keju diatasnya,, Lapisan keju: 500gm cream cheese 4biji telur 140gm gula halus Sdikit esen vanilla

Tips Menetapkan Azam

Teks: Zanariah Kamal   Bismillah.. Assalamualaikum Salam Maal Hijrah, selamat tahun baru 1436H. Tentunya kita semua mempunyai azam yang lebih baik pada tahun baru. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat sebab azam tahun lepas hampir berjaya. Pada tahun ini lebih kepada meningkatkan lagi kualiti serba serbi. Sudah tentu azam seorang ibu ialah menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Menjadi contoh dan role model kepada anak-anak. Sebagai isteri, ingin menjadi isteri yang taat. Sebagai anak, ingin menjadi anak yang berjasa pada ibu bapa. Pada masyarakat pula ingin menyumbang sesuatu yang bermanfaat. Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan  azam tahun baru . Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu sesuai dengan kapasiti kita. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi. Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam. Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam

Ibu, Sumber Inspirasi Selamanya

Teks : Zanariah Kamal Foto : Hiasan Ibu bergenang airmataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Biarpun kepahitan telah engkau rasakan Tidak pun kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu Dari kecil hingga dewasa Hidupmu kau korbankan Biarpun dirimu telah terkorban Tak dapat ku balasi Akan semua ini Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum.. Emak seorang insan yang dipanggil emak. Yang selalu dirindui. Pelbagai dugaan yang emak alami sedari kecil, berumah tangga hinggalah sekarang setelah bergelar nenek. Dugaan hidup emak amat berat, bila difikirkan apa yang ditanggung memang tak sanggup untuk ku tanggung. Hati emak tabah dan kuat. Biar pun emak tidak bersekolah tinggi, setakat darjah 4, tapi fikiran emak untuk masa depan anak-anak tidak pernah berhenti. Masa kecil, emak selalu cerita kisah hidupnya yang amat susah. Mas

Kehidupan Berkeluarga Umpama Pelayaran Sebuah Bahtera

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Melayari bahtera memerlukan jiwa yang kental. Ombak dan badai sudah menjadi asam garam bagi seorang nakhoda yang cekal. Tanpa kesabaran dan keyakinan kepada Allah Yang Maha Perkasa seorang nakhoda mungkin akan mati sebelum bahteranya karam di lautan. Kepanasan , hujan dan ribut boleh menggoyahkan hati dan menenggelamkan harapan seorang nakhoda untuk sampai ke destinasi yang belum pernah dijejakkan kakinya. Pembantu nakhoda pula apa kurangnya. Sedang nakhoda sibuk dengan layar dan kompasnya, pembantu nakhoda pula memainkan peranan di belakangnya. Melayani karenah para kelasi dan penumpang mungkin sama atau lebih sukar daripada tugas seorang nakhoda. Ketakutan dan kegelisahan yang menyelubungi kelasi dan penumpang yang masih mentah dengan kehidupan di lautan perlu di atasi. Atau kenakalan kelasi perlu ditangani dengan penuh hikmah. Sebenarnya itulah gambaran suasana sebuah keluarga. Bapa selaku nakhoda, ibu selaku pembantunya. Kelasi dan pen

Didik Anak Bersih, Latih Atau Leter?

Teks : Zanariah Kamal Foto : Hiasan Bismillah.. Assalamualaikum.. Berleter, melatih, letih. Apa yang saya nak cerita pagi-pagi ini ye? Semua ibu pasti mengalami situasi yang sama apa yang saya alami. Lebih- lebih lagi dalam usaha melatih anak jaga kebersihan. Pengalaman anak ramai kadang- kadang memang cukup teruji kesabaran. Lebih- lebih lagi bab nak mengajar anak tentang kebersihan. Pagi-pagi dah berleter suruh anak memberus gigi. Memang menguji kesabaran sebenarnya. Bermacam- macam alasan yang mereka beri. Itu waktu pagi, bila tiba waktu makan dan tak sabar- sabar nak menjamah makanan leter lagi suruh basuh tangan. Sebenarnya kita sebagai ibu memang kena banyak bersabar, jangan cepat mengeluh dan putus asa kerana untuk menanamkan sesuatu tabiat sering kali memakan masa yang lama. Untuk mempercepatkan anak-anak mengamalkan tabiat kebersihan yang baik, ibu bapa perlu menunjukkan contoh. Kadang- kadang sikap kurang sabar kita menegur anak membuat anak susah diben

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

Lepas Geram Kemas Dapur

Teks: Zanariah Kamal Foto: koleksi peribadi Bismillahirahmannirrahim Assalamualaikum. Petang Sabtu yang sepi. Tanpa aktiviti luar. Anak-anak bujang dengan game di komputer. Danisha dan Fayyadh dengan aktiviti kesukaannnya, melukis, simpan barang dalam beg, mainan dipunggah, bercakap dengan patung baby. Fayyadh meniru aksi kakak. Ummi melayan hati yang kecewa sebab tak dapat ke Ikea. En suami tukar fikiran tak mahu bawa ummi ke Ikea. Gara- gara nak pergi memancing di Klang. Hobi yang tak boleh ditinggalkan. Dalam fikiran ummi dah tergambar barang- barang yang akan dimasukkan ke dalam troli semasa di Ikea , antaranya cermin, bakul sampah, stiker untuk deko, tempat duduk mangkuk tandas. Sambil memunggah kabinet dapur yang sudah jemu mata memandang, membuang dan memilih yang elok untuk di simpan. Kepala ligat memikir ke mana hendak di buang barang- barang plastik usang. Anak- anak tak bagi buang katanya boleh jual atau beri kepada pakcik yang kutip sampah. Katanya pakcik tu kum

Suasana Dalaman Ummi Homestay

Teks: Zanariah Kamal Foto: Koleksi Peribadi Ummi Homestay terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Homestay ini di buat khas untuk keselesaan penginap yang memenuhi ciri-ciri penginapan sebuah rumah yang dilengkapi dengan tambahan kemudahan-kemudahan asas sebuah rumah antaranya: -   3 bilik tidur berkipas angin  -   Bilik mandi  -   Mesin basuh. -   Seterika dan iron board. -   Cerek letrik. -   Rice cooker. -   Perkakas dapur. -   Ruang tamu yang selesa. -   Set Sofa. -   Ruang dapur. -   Set meja makan -   TV dan Astro. Ummi Homestay boleh memuatkan kapasiti 6  orang penginap secara selesa dan amat sesuai  penginap yang berkeluarga atau berkumpulan.    Gambaran suasana di Ummi Homestay Untuk tempahan Ummi Homestay hubungi : En Aziz 017-2304841 Pn Zana 014-2375657