Skip to main content

Lepas Geram Kemas Dapur

Teks: Zanariah Kamal
Foto: koleksi peribadi

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum.

Petang Sabtu yang sepi. Tanpa aktiviti luar. Anak-anak bujang dengan game di komputer. Danisha dan Fayyadh dengan aktiviti kesukaannnya, melukis, simpan barang dalam beg, mainan dipunggah, bercakap dengan patung baby. Fayyadh meniru aksi kakak.

Ummi melayan hati yang kecewa sebab tak dapat ke Ikea. En suami tukar fikiran tak mahu bawa ummi ke Ikea. Gara- gara nak pergi memancing di Klang. Hobi yang tak boleh ditinggalkan.

Dalam fikiran ummi dah tergambar barang- barang yang akan dimasukkan ke dalam troli semasa di Ikea , antaranya cermin, bakul sampah, stiker untuk deko, tempat duduk mangkuk tandas.

Sambil memunggah kabinet dapur yang sudah jemu mata memandang, membuang dan memilih yang elok untuk di simpan. Kepala ligat memikir ke mana hendak di buang barang- barang plastik usang. Anak- anak tak bagi buang katanya boleh jual atau beri kepada pakcik yang kutip sampah. Katanya pakcik tu kumpul untuk dijual.



Bekas plastik usang 


Setiap kali mengemas mesti ada yang menjadi mangsa, kena buang tanpa rasa simpati. Tupper ware di asingkan dari tipu ware, biar tak serabut mata memandang.




Susun tupperware satu tempat


Susun tipu ware dan lain2 satu tempat

Sakit urat dibuatnye, kuat juga mengangkat tong gas yang berisi. Agaknya lepaskan geram kot, tak dapat pergi Ikea. Alhamulillah siap sudah susun atur semula dapur hari ini.

Biar rumah kita kecil sekalipun, bagi ummi kebersihan dan kekemasan perlu di titik beratkan. Dah namanya suri rumah 24 jam sehari duduk di rumah tak kan nak biarkan rumah macam tongkang pecah. Malu jika ada sedara atau jiran datang serbu.

Tiada perabot mewah atau perhiasan mahal. Apa yang penting keselesaan dan memudahkan semua ahli kerluarga.

Satu terapi juga bila kita mengemas rumah. Yang pertama seronok bila tengok rumah dah bersih. Yang ke dua seronok bila anak kata ok lah ummi buat macam ni. Ummi senang hati anak pun riang.

Jug air dan biskut di letak tempat rendah. Sebelum ni Danisha asyik minta diambilkan air dan biskut. Sekarang ummi letak di bawah biar senang anak berdikari dan ambil sendiri. Ummi boleh buat kerja tanpa gangguan.



Inilah dia hasil hari ini, penat tapi berbaloi. Jumpa lagi..

Iklan.

Mencari homestay di Kuala Lumpur dengan harga yang rendah boleh hubungi:

En Aziz 017-2304841
Pn Zanariah 014-2375657

Ummi Homestay Pantai Dalam




Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b