Skip to main content

Posts

Resepi Puding Kastad Mabeles Sukatan Cawan

Bismillahirahmanirahim Hai .. Assalamualaikum lama tak bersiaran. Alhamdulillah berkesempatan meng update blog. Al maklomlah akak sibuk sikit sejak akhir akhir ni. Baru-baru ni akak ada buat lagi puding kastad. Anak2 suka sangat. Resepi olahan sendiri. Selalunya orang buat kastad keras kan, akak tak berapa gemar yang keras2 akak suka yang goyang goyang. Nak resepi tak? Mestilah nak kan. Sediakan bahan2 ye 1 cawan tepun kastad* 3/4 cawan gula* 1 cawan santan* secubit garam * 3 cawan air* 1 tin jagung cream sesudu butter ok. Caranya Masukan bertanda * dalam periuk kacau dan larutkan semua bahan supaya sebati Kemudian letak atas dapur api kecil sentiasa kacau supaya tak berketul. Biar masak sekata Anggaran 20 minit masukkan cream jagung dan butter kacau lagi sehingga masak. tau tak macm mana nak pastikan kastad dah cukup masak caranya ia kelihatan berkilat dan likat. tutup api, kemudian masukkan dalam acuan. Bila dah sejuk siman dalam peti sejuk nak kasi di...

Roti Gebu Gebas KakZana

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum. Sebenarnya nak masukan pic roti yang akak buat saje. Tahun 2016 memang tak sempat nak updated blog. Busy sikit. Akak busy dengan tugasan surirumah. Busy busy pun akak sempat meembuat roti tau. Alhamdulillah inilah hasilnya. Bila dah pandai buat roti rasa macam roti kita je yang sedap. Terlajak gembira rasa. Macam roti kat kedai tu dah tak sedap. Padahal sebelum pandai buat roti setiap hari simpan stok roti dirumah. Dah banyak juga akak buat roti tempahan. Alhamdulillah mendapat sambutan.  sekian entry akak untuk malam ni. Nak masuk tidur . Mata dah tak boleh nk buka dah ni. Jumpa lagi !!!

Resepi Laksa Lemak Siam

Assalamualaikum wbt Selamat malam. Masa akak updated blog ni dah malam. Tetiba teringat nak cari resepi laksa thai. Teringin sangat nak buat. Jadi akak copy n paste di sini supaya tak hilang. akak ambil resepi di sini dari blog  http://www.syahbinar.com/2017/02/laksa-lemak-thai.html Tak sabar nak mencuba, Meleleh air liur akak tau.. gambar akak pinjam sekadar hiasan saje. Bahan-bahan: Laksa jenis halus - rendam sekejap, kemudian rebus dan toskan Sekilo ikan (Kembung/Selayang) - rebus bersama asam keping dan garam, ambil isinya, tumbuk/kisar halus. Air rebusan tu simpan bersama asam keping nya sekali. Tulang dan kepala ikan pula dikisar halus kemudian dicampur air dan ditapis. Simpan air tapisan tulang. 1 biji kelapa diperah santan - Kalau nak kuah lebih berlemak boleh tambah lagi kelapa 2-3 asam keping 5-6 daun limau purut Bahan kisar : 4-5 ulas bawang besar 5-6 cili padi - ikut rasa pedas 2 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 1 inci halia 2 batang serai Se...

Homestay Dekat Dengan University Malaya...

Mesti tengah cari homestay kan? Nak dekat dengan University Malaya (UM) InshaAllah Ummi Homestay ada menyediakan perkhidmatan homestay LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik   untuk tinggal di   KL.     Kemudahan pengangkutan awam spt bas  dan   LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat   Bandar   KL,   PJ  Berhampiran dengan   Bangsar   South , Universiti  Malaya /   Hospital , Mid- Valley,  RTM   dan   lain-lain     Perkhidmatan 24   jam   keselamatan   dan tempat letak kereta   yang mencukupi. Bangunan ini   dilengkapi   dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – K...

Rezeki

“Usah ditangisi rezeki yang belum ada, tapi tangisilah jika tidak bersyukur dengan kurnia yang ada. Ramai orang yang cemas tentang rezeki. Dalam keadaan cemas itu, dia tidak sedar dia masih hidup dan terus hidup dengan jaminan rezeki daripada Allah. Lihat janin dalam rahim ibu, sudah dijamin rezekinya meskipun dia tidak tahu apa-apa. Orang yang sakit, ada rezeki dengan ada tangan yang menyuap dan membawakan makanan. Orang yang tidak mampu makan, masih dapat infusi zat dan nutrisi melalui salur wayar di hospital.” Alhamdulillah selalulah ucapkan syukur. Rezeki Allah tidak terbatas. Amat luas. Jemputlah dengan cara yang betul. Mudah-mudahan rezeki kita datang tanpa diduga. Yang penting keberkatan. Aamiin

Lama tak update blog.

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah. buat kesekian kalinya bersiaran di laman blog.Lama rasanya tak menulis panjang lebar. Hari ini sempat tengok apa yang paling popular di blog ini  ialah resepi. Ramai yang menggogle resepi. InshaAllah saya akan kongsikan banyak resepi di sini. Sebelum tu saya nak memperkenalkan FB Page saya "  Uli-Uli Tepung  " InshaAllah saya akan berkongsi resepi dan petua. Jangn lupa like ye.. Sekian saje untuk kali ini. assalamualaikum selamat malam..

Resepi Pie Apple Simple

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah masih lagi dapat meneruskan aktiviti kesukaan iaitu menulis. Agak lama menyepi dari dunia bloger almaklumlah saya sibuk meroti. Saya dapat idea baru mengisi masa lapang dan mencari duit tepi. Syukur Alhamdulillah roti gebu gebas saya mendapat sambutan. Kini gigih membuat pie apple sejuk beku. Saya nak share resepi Pie Apple manalah tahu ada yang teringin nak membuat sendiri Resipi mudah, senang dan tak banyak karenah, seperti berikut.. BAHAN-BAHAN INTI EPAL :-) 2 biji epal hijau 1 genggam cranberry kering (atau kismis) 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (jika tiada guna kulit kayu manis dah siap masak buangkan saje) 2 camca besar penuh gula perang 1/2 camca teh tepung jagung * 2 camca besar air * ( *disatukan dan kacau rata ) 2 camca besar penuh mentega 1/2 camca teh jus lemon (optional) Secubit garam BAHAN-BAHANNYA :-) 8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci) 1 kuning telur,...

Resepi Kuah Lodeh Yang Paling Sedap Untuk Dicuba

Teks : Zanariah Kamal Bismillah. Assalamualaikum sayang-sayang semua Akak nak share resepi yang selalu akak guna untuk buat kuah lodeh sedap. Biasa akak guna Azie kitchen resepi memang superb sedap.. bolehlah cuba ye.. Kuah Lodeh dan Nasi Impit sesuai untuk jamuan raya nanti boleh cuba adik-adik dan kakak-kakak sayang. Bahan-bahan (10 orang) Bahan Kisar: 10 tangkai cili kering 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 jari kunyit hidup 1 hiris halia 2 sudu udang kering 2 sudu ikan bilis (guna kiub ikan bilis) Sedikit belacan - jika suka 2 sk jintan kasar - sangar Bahan Lain: 2 batang serai - dititik 4 helai daun salam 1/2 jari lengkuas - diketuk 200 gram udang hidup - kupas kulit Bahan Sayur di potong kecil: 1/2 biji kobis 8 batang kacang panjang 1 batang lobak merah 1 biji sengkuang kecil 1 biji terung panjang 1 keping tahu kering - rendam 4 biji kentan...

Ramadhan Ke-4 2016

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum semua, salam ramadahan , selamat berpuasa, salam menjemput rezeki, salam ceria. Alhamdulillah, hari ini baru akak dapat menulis diruangan blog akak yang tak seberapa ini. Rindu yang teramat sangat. Sejak berpindah ke Melaka akak belum ada kesempatan untuk menulis di sini. Teramat rindu bila akak berada di rumah akak ini, rumah yang akak tinggalkan untuk seketika, atau mungkin sampai bila-bila. Semua kenangan datang silih berganti, terutama sekali bila tiba ramadhan. Selalunya bila nak sambut raya kami sekeluarga dah bersiap, dan buat perancangan awal, bila masa yang sesuai untuk bergerak pulang ke kampung untuk sambut syawal. Tapi... Tahun ini lain sedikit, kami sambut puasa di KL. Dalam perancangan untuk balik awal ke KL tapi Allah dah takdirkan kami sambut puasa di Melaka. Suami dan abah tak sihat. Kini Alhamdulillah suami akak dah sihat. Cuma abah akak masih dihospital. Walaupun akak di Kl tapi hati masih di ...

Happy Anniversary Sayang!!

  Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum ..  Lama juga saya tak jengah blog. 2 hari lagi kami akan sambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke - 15 iaitu pada 21 Mac 2016 Syukur Alhamdulillah kerana tak sangka dah 15 tahun kami menyulam cinta bersama dan di kurniakan 5 orang cahaya mata pengikat kasih.. Muhammad Afiq, Muhammad H aziq, Muhamm ad Harraz, Izz Nur D anisha dan yang bong su koret A tif Fayyadh.   Rasanya memang suami tak ingat kot tarikh keramat ini. Tapi tak mengapa biasalah kan suami yang sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Kami bukanlah pasangan yang romantik yang  nak candle light dinner romantik2 bagai sebab anak-anak dah berderet  tentu kecoh sikit masa makan nanti. Dalam hati sebenarnya teringin begitu.Hehe.. Naluri wanita kan. Tapi tak mengapa takde semua tu. Yang penting bagi saya kejujuran, kesetian, tanggungjawab yang diberikan pada kami sudah cukup untuk dikenangi dan disyukuri.   Nak bagi uacapan s...

Resepi Puding Kastad Berkuah

Bahan untuk puding 1 cwn tepung tepung karstard saya pakai jenama karstard bird's 4 cwn air 1/2 cwn gula Di masak atas api yg sederhana besar ..kacau sehigga likat Dah likat..letak dalam acuan ataupun gelas,nak letak dalam loyang kemudian di potong2 pun boleh je Kuah 1 tin susu cair 1 tin buah2an dlm tin 11/2 tin air masak (sukat guna tin susu cair td) 4 sudu makan gula pasir 1 sudu teh esen vanilla jika suka Semua bahan kuah di masak dgn api yg kecil sahaja ..sekadar utk melarutkan gula pasir tadi Last sekali masukkan buah2an dlm tin sekali dgn airnya. Soap bolehlah dihidangkan..

Resepi Cream Puff Inti Kastad Sukatan Cawan

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalammualaikum.. Nak kongsi resepi cream puff inti kastad.. Gara- gara terkenang masa makan di rumah kakak ipar tempohari. Anak- anak memang suka. Jadi ummi mencari resepi dengan bantuan cik google. Memang sedaplah. Bukan anak je yang suka ummi pun suka. Insha Allah esok nak buat sikit. Kebetulan ada jiran nak datang jadi bolehlah jamu dengan cream puff ummi. Takkan nak jamu kuih raya je kot.. Sekurangnya adalah kuih untuk minum petang ye tak. Resepinya nampak mudah. Dah buat baru tahu.  Bahan-bahan Untuk Doh  3 cawan air  1 1/2 cawan mentega /marjerin 3 cawan tepung gandum secubit garam  7biji telur 1 sudu kecil esen vanilla Bahan-bahan Sos kastard 1 cawan susu cair / susu tepung 3 sudu besar tepung kastard 1 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 cawan gula makan 2 sudu planta Cara-cara Dalam periuk masukkan air dan mentega, panaskan sehingga mentega larut. tutup api. kemudian mas...

Roti Cheese Berinti Daging

Teks : Zanariah Kamal   A   Bismillah.. Sedapnye, jom buat. Bahan : Utk Inti: 300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan) 2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu 2 sudu besar serbuk kari 1/4 cawan air 1 helai daun limau purut ~ dihiris halus 1 biji cili merah ~ dihiris halus sedikit garam dan gula minyak 12kpg roti 3 biji telur 200ml susu fresh daun saderi ~ dihiris 8 kpg slice cheese cheddar cheese ~ diparut Cara: Utk membuat inti Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang layu dan masukkan rempah kari. Goreng hingga wangi dan masukkan air. Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa Goreng hingga kering dan padamkan api. Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk. Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju: Sapukan keseluruhan bekas tahan pa...

Bubur Sepuluh..Resepi Bubur Asyura

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi bubur asyura terhangit sikit..tapi sedap!!!! Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum Lama rasanya tak menulis di blog tempat mencari rezeki ku ini. Mana menghilang? Sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Membuat kertas kerja untuk projek baru. Moga dipermudahkan segala urusan. 2 hari lepas saya ada buat sedikit bubur. Bubur Asyura namanya. Memang sudah lama tak buat bubur kegemaran suami. Kebetulan 10 Muharam hari tu hari Assyura saya pun buatkan juga untuk suami tersayang. Alhamdulillah dapat juga bagi jiran-jiran merasa. Sibuk punya pasal bubur tu terhangit sikit. Ingatkan tak ada orang yang suka. Rupanya habis, suami kata sedaplah, hangit-hangit ni biasalah. Di masjid pun rasa macam ni. Saya tak berapa suka makan bubur. Jadinya tak selalulah membuat bubur, kecuali jika ada permintaan. Ada juga yang bertanya resepi. Resepi simple sahaja kalau nak ikut cara saya senang sahaja. Bahan-bahan asas untuk bubur asyura  2 caw...