Skip to main content

Posts

Tercari-cari homestay murah di Kuala Lumpur?

Teks: Zanariah Kamal Foto: Koleksi Peribadi Tercari-cari  homestay murah di Kuala Lumpur?  Menghadiri konvokesyen atau melawat anak-anak di Universiti Malaya? Kalau menginap di hotel, sah-sah kalau datang bersama keluarga yang ramai perlukan 2-3 bilik. Mahu cecah Rm400+ untuk 2-3 bilik menginap di hotel tersebut. Anda boleh jimatkan wang anda. Menginap di Ummi Homestay. Sebut pasal homestay ini, saya mencadangkan singgah dan menginap di Ummi Homestay Pantai Dalam  . Service rumah pangsa 3 bilik fully furnished yang agak selesa. Terletak di Pantai Dalam berdekatan dengan Angkasapuri. Lokasinya yang agak strategik yang berhampiran dengan exit utama memudahkan lagi perjalanan sekiranya menginap di sini. Apa yang menariknya nak cerita p emandangan dari depan Ummi HomeStay ialah Menara Rebung TM. Sekiranya anda datang dari jauh boleh lihat bangunan tersergam itu dari sini. Ummi Homestay masih lagi baru dan tempatnya agak selesa dengan “guarded” membuatkan hati lebih ...

Teringin Nak Makan Mee Hailam Ini Resepinya

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirahnirrahim.. Tiba-tiba terasa tekak nak makan mee hailam. Selalu juga buat, tapi yang simple dan mudah. Hari ini terbayang- bayang mee hailam yang lengkap resepinya. Agaknya orang berpuasa kot, mengidam makanan entah apa-apa padahal makanan tu biasa- biasa aje. Resepi mi hailam yang lengkap tu seperti ini. Modal dalam RM10.00 boleh di makan sekeluarga. Teringat masa ummi demam hari tu, ummi tak boleh bangun memasak. Jadi mulalah pesan melalui mesej kat suami suruh cari mee hailam. Suami pun belikanlah untuk isteri yang demam masa tu. Terkejut ummi bila suami kata sebungkus mi hailam tu harganya RM6. Ada seekor udang, 2 potong sotong, sawi, jagung sayur, sedikit isi ayam dan sedikit lobak. Mahalnya, nak buat macam mana  dah order.  Jadinya untuk menjimatkan kos. Buat sendiri lebih puas hati, kebersihan pun terjamin. Jadi, hari ni ummi  buat mee hailam versi ummi. Resepi seperti di bawah. Mee Hailam Bahan bahan: 300 gm u...

Ummi HomeStay Sudah Dibuka Untuk Tetamu

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi Alhamdulillah... Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan. Rezeki ummi dan keluarga dapat mengembangkan perniagaan keluarga. Alhamdulillah , pagi Jumaat yang mulia dengan rasminya Ummi HomeStay di buka untuk tetamu. Belum sempat ummi merakam foto- foto di dalam rumah. Baru sahaja siap mengemas dan membaik pulih keadaan rumah. Rumah pun sudah bersih dan kemas. Sudah bersedia untuk menerima tetamu. Alhamdulillah, ummi mendapat panggilan yang tak putus-putus sejak semalam. Rupanya ada program di Universiti Malaya. Mungkin ada yang tidak tahu di mana lokasi Ummi HomeStay. Sebenarnya sangat mudah nak cari. Terletak bersebelahan Lebuhraya NPE Pantai Dalam. Anda boleh lihat bangunan bewarna pink cream seperti dalam gambar ini. Lagi satu bangunan ini juga terletak bersebelahan dengan stesen minyak Petronas NPE. Sangat mudah bagi yang biasa di Kuala Lumpur. Bagi anda yang dari lu...

Fruit Smoothie

Teks: Zanariah Kamal Foto : Carian Google Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum... Kali ini ummi sibuk memikirkan juadah untuk naikkan berat badan Fayyadh dan Danisha. Selera makan belum berapa pulih. Demam yang mereka alami telah menghilangkan selera makan. Beberapa menu dicuba, termasuk smoothie. Ummi kongsikan resipi untuk smoothie buah-buahan yang banyak manfaatnya. Smoothie ini boleh dijadikan sebagai minuman pagi setiap hari dan manfaatnya cukup hingga ke tengahari inshaAllah. Mari kita sama-sama lihat manfaat smoothie ini kepada tubuh badan kita.    Buah- buahan yang sesuai dibuat smoothie ni ada banyak. Kita boleh buat menggunakan buah yang senang dapat seperi pisang, tembikai, kurma, anggur, betik, strawberry, epal dan banyak lagi.  Manfaat Kesihatan daripada Smoothie Membuat smoothie setiap pagi sebagai sebahagian daripada rutin harian mungkin dapat menjimatkan masa dan wang anda kerana ia hanya mengambil masa 10 minit. Smoothie m...

Mandi Ais Untuk Kesihatan

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Dulu selalu dengar orang cakap mandi ais. Terfikir macam mana rasa, sejuklah, nanti bertambah sakitlah. Boleh kena kejanglah, bermacam- macam bermain di fikiran. Bila saya dah alami pengalaman sendiri mandi ais, rupanya ternyata berbeza. Untuk kesihatan memang terbaik. Untuk kulit dan awet muda pun boleh juga dirasai. Tapi tujuan ummi mandi ais bukan untuk kecantikan tapi untuk merawat masalah saraf yang saya alami. Semoga Allah redha dan makbulkan niat saya untuk sihat sepenuhnya.  Sudah setahun mengalami masalah saraf, tiada siapa pun tahu apa yang ummi deritai. Hanya Allah tempat saya mengadu. Suamilah, yang banyak menyokong dan membantu memberi semangat. Sekarang masih lagi dalam sesi rawatan. Saya baru buat 2 kali mandian. Kalau nak tahu jomlah cuba rasa mandi ais. Di sinilah tempat ummi buat rawatan. Alamat di Seksyen 11 Shah Alam, Family Home Spa Ice Terapi. Ada seorang doktor yang akan diagnose masalah kita.  Dengar ceri...

Menabung Dengan Niat

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk menulis. Hidup yang semakin indah dikelilingi anak-anak yang semakin membesar. Dalam pelbagai karenah dan ragam membuat ummi semakin kuat dan tabah. Ujian tetap datang, dengan ujian ini membuat ummi rasa bersyukur kerana ummi telah disedarkan oleh Allah. Ummi rasa insaf, dan rasa terlalu banyak dosa. Mungkin ini cara Allah menegur. Ummi redha atas segalanya. Tak lama lagi kita nak menyambut hari raya aidill adha, dengan nama lain raya haji. Tiap hari ramai saudara kita berangkat ke tanah suci Mekah. Ada juga kawan- kawan ummi yang masih muda dapat menunaikan haji pada tahun ini. Bila tengok teman- teman pergi menunaikan haji pada usia yang muda dan sihat, tiba- tiba hati terasa juga ingin ke sana. Mungkin juga boleh buat umrah dulu. Nak buat umrah nak pakai duit banyak juga. Dah ada simpanan ke? Bercakap mengenai ibadah Haji, ummi yakin dan percaya ramai umat Islam, tidak kira keluarga, rakan...

Hidup Untuk Belajar Menghargai

Teks: Zanariah Kamal Foto :Koleksi Peribadi Bismillah.. Alhamdulillah. Syukur Fayyadh dan Danisha sudah nampak aktif semula. Demam sejak 6 hari yang lalu. Syukur setelah ujian darah dibuat menunjukkan bebas denggi. Ibu mana yang tak risau bila anak-anak tak sihat. Bermacam-macam ujian kita lalui dalam membesarkan anak. Semuanya kita kena lalui dengan positif dan redha. Hidup untuk  belajar menghargai. Namun apabila kita gagal benar-benar menghargai nikmat Allah (Asyik meminta sahaja) bagaimana mungkin kita mampu menghargai sesama manusia dan makhluk? Hidup untuk belajar menerima. Namun apabila kita gagal menerima ketentuan Allah, bagaimana kita mampu menerima kekurangan dan kelemahan sesama manusia dan makhluk? Hidup untuk belajar mendengar. Namun apabila kita asyik bercakap atau fikiran kita sentiasa berada dalam beta, berfikir termasuk hal yang tidak perlu (sentiasa mind-chat), bagaimana mungkin kita mampu mendengar? Bagaimana kita mampu menangka...