Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Dulu selalu dengar orang cakap mandi ais. Terfikir macam mana rasa, sejuklah, nanti bertambah sakitlah. Boleh kena kejanglah, bermacam- macam bermain di fikiran.
Bila saya dah alami pengalaman sendiri mandi ais, rupanya ternyata berbeza. Untuk kesihatan memang terbaik. Untuk kulit dan awet muda pun boleh juga dirasai. Tapi tujuan ummi mandi ais bukan untuk kecantikan tapi untuk merawat masalah saraf yang saya alami. Semoga Allah redha dan makbulkan niat saya untuk sihat sepenuhnya.
Sudah setahun mengalami masalah saraf, tiada siapa pun tahu apa yang ummi deritai. Hanya Allah tempat saya mengadu. Suamilah, yang banyak menyokong dan membantu memberi semangat.
Sekarang masih lagi dalam sesi rawatan. Saya baru buat 2 kali mandian. Kalau nak tahu jomlah cuba rasa mandi ais. Di sinilah tempat ummi buat rawatan. Alamat di Seksyen 11 Shah Alam, Family Home Spa Ice Terapi. Ada seorang doktor yang akan diagnose masalah kita. Dengar cerita pemiliknya seorang pelakon Diana Rafar. Pengasasnya Prof.Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab.
Antara kebaikan secara umum mandi ais ialah:
Saya dapat artikel ini dari utusan online. Jemput baca ye.
Mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan

Comments
Post a Comment