Skip to main content

Teringin Nak Makan Mee Hailam Ini Resepinya

Teks: Zanariah Kamal

Bismillahirahnirrahim..

Tiba-tiba terasa tekak nak makan mee hailam. Selalu juga buat, tapi yang simple dan mudah. Hari ini terbayang- bayang mee hailam yang lengkap resepinya. Agaknya orang berpuasa kot, mengidam makanan entah apa-apa padahal makanan tu biasa- biasa aje.

Resepi mi hailam yang lengkap tu seperti ini. Modal dalam RM10.00 boleh di makan sekeluarga. Teringat masa ummi demam hari tu, ummi tak boleh bangun memasak. Jadi mulalah pesan melalui mesej kat suami suruh cari mee hailam.

Suami pun belikanlah untuk isteri yang demam masa tu. Terkejut ummi bila suami kata sebungkus mi hailam tu harganya RM6. Ada seekor udang, 2 potong sotong, sawi, jagung sayur, sedikit isi ayam dan sedikit lobak. Mahalnya, nak buat macam mana  dah order. 

Jadinya untuk menjimatkan kos. Buat sendiri lebih puas hati, kebersihan pun terjamin. Jadi, hari ni ummi  buat mee hailam versi ummi. Resepi seperti di bawah.



MeeHailam

Bahan bahan:
300 gm udang sederhana besar
300 gm daging/isi ayam (tak letak)
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball

Bahan sos:
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan

Sayur sayuran:
Sedikit sayur sawi
1 batang carrot
2 biji tomato

Bahan kisar:
2 sudu besar cili 
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 

1 paket mee kuning
4 cawan air
3 biji telur
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dg air
Garam 
Daun sup
Cili merah 

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis cili dan bawang kisar sampai pecah minyak dan kemudian masukkan ketulan isi ayam sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh lah dimasukkan air. Masukkan karot dan batang sawi, masak sampai kuah hampir mendidih. 

Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan cair, sos ikan dan kacau rata.

Masukkan udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing. 

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan biar sekejap sampai telur masak sebelum dimasukkan sayur sawi, buah tomato dan kacau. Apabila telur mengeras, ummi keluarkan dari kuali untuk mengelakkan ianya menjadi hancur.

Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang masin baru la ditambah garam.

Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur.

Bila nak hidang boleh la diletakkan telur yang dikeluarkan tadi, ditabur daun sup, cili merah dan juga bawang goreng.

Nota:
Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan mee terlalu kembang.

Sekian, sekadar berkongsi.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b