Teks: Zanariah Kamal
Foto: Koleksi Peribadi
Sebut pasal homestay ini, saya mencadangkan singgah dan menginap di Ummi Homestay Pantai Dalam . Service rumah pangsa 3 bilik fully furnished yang agak selesa. Terletak di Pantai Dalam berdekatan dengan Angkasapuri. Lokasinya yang agak strategik yang berhampiran dengan exit utama memudahkan lagi perjalanan sekiranya menginap di sini.
Apa yang menariknya nak cerita pemandangan dari depan Ummi HomeStay ialah Menara Rebung TM. Sekiranya anda datang dari jauh boleh lihat bangunan tersergam itu dari sini. Ummi Homestay masih lagi baru dan tempatnya agak selesa dengan “guarded” membuatkan hati lebih terasa selamat untuk menginap di sini.
Apa yang menarik lagi nak cerita Ummi Homestay ni terletak di kawasan yang terkenal dengan tempat Jalan-jalan cari makan. Restoren taraf 4 bintang pun ada. Tidak sah kalau jalan- jalan tak makan. Mesti nak pekena menu istimewa bukan? Jadinya kalau bab nak cari kedai makan di sini, memang tiada masalah.
Sekiranya anda menginap pada hari Sabtu dan Ahad boleh jalan- jalan di pasar malam dan pasar tani. Anda boleh berjalan kaki dari Ummi Homestay. Tapak pasar malam dan pasar tani adalah di jalan raya bersebelahan Flat Pantai Permai. Di sinilah tapak pasar malam pemandangan boleh di lihat dari Ummi Homestay.
Terdapat banyak lagi kemudahan lain yang ada di sekitar Ummi Homestay. insha Allah saya akan kongsikan dalam entri akan datang.
Untuk tempahan sila hubungi Pn Zana 014-2375657 @ En Aziz 017-2304841
Klik sini Ummi Homestay Pantai Dalam
Comments
Post a Comment