Skip to main content

Hidup Untuk Belajar Menghargai

Teks: Zanariah Kamal
Foto :Koleksi Peribadi



Bismillah..
Alhamdulillah. Syukur Fayyadh dan Danisha sudah nampak aktif semula. Demam sejak 6 hari yang lalu. Syukur setelah ujian darah dibuat menunjukkan bebas denggi. Ibu mana yang tak risau bila anak-anak tak sihat.

Bermacam-macam ujian kita lalui dalam membesarkan anak. Semuanya kita kena lalui dengan positif dan redha.


Hidup untuk  belajar menghargai. Namun apabila kita gagal benar-benar menghargai nikmat Allah (Asyik meminta sahaja) bagaimana mungkin kita mampu menghargai sesama manusia dan makhluk?


Hidup untuk belajar menerima. Namun apabila kita gagal menerima ketentuan Allah, bagaimana kita mampu menerima kekurangan dan kelemahan sesama manusia dan makhluk?


Hidup untuk belajar mendengar. Namun apabila kita asyik bercakap atau fikiran kita sentiasa berada dalam beta, berfikir termasuk hal yang tidak perlu (sentiasa mind-chat), bagaimana mungkin kita mampu mendengar? Bagaimana kita mampu menangkap petunjuk daripada Allah?


Hidup untuk belajar bersyukur. Namun apabila kita gagal bersyukur pada Allah, bagaimana kita mampu beterima kasih kepada manusia dan makhluk?

Mohon pada Allah agar diajarkan untuk menghargai, berserah/redha (menerima Allah), mendengar dan berterima kasih.


“Ya Allah kami mohon agar dikurniakan kami hati yang sentiasa menghargai, redha, mendengar dan bersyukur ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”


***Iklan 

Kepada anda yang mencari produk kecantikan dan kesihatan kulit, Stok Ephyra, Nour Ain Skin Care, Bedak Arab Kokuryu masih banyak dalam stok di Aspirasi Ummi ye.

Berminat hubungi  014-2375657

Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b