Skip to main content

Posts

Cerpen: Diari Ramadhan Saffiah

Teks : Zanariah Kamal Cerpen : Diari Ramadhan Saffiah Episod 1# Abang, tahun ni sayang nak tema baju raya warna merahlah. Ujar Saffiah kepada suaminya Halim yang sedang bersiap sedia mengenakan kopia untuk ke masjid mendirikan solat sunat terawih. Boleh je yang, awak nak apa saja boleh. Tapi duit untuk beli pakaian belum ada lagi. Abang nak kumpul duit untuk bayar zakat fitrah dan selesaikan hutang bank yang tertunggak dulu. Halim memang seorang suami yang baik. Tutur katanya selalu buat hatinya gembira. Tak pernah rasa nak marah pada Saffiah walaupun kadang kala sikap Saffiah yang keanak- anakkan.  Takpelah bang, ada rezeki nanti kita beli baju ikut temalah ye, kuih raya sayang dah beli bahan-bahan sikit-sikit guna duit sayang simpan. Duit yang abang beri dan duit jualan baju muslimah sayang ada simpan. Dalam hati Saffiah sedikit terkilan, bila suami kata belum ada duit. Saffiah seorang yang sensitif tapi tidak cerewet kerana memahami keadaan suami yang banyak tanggung jawab...

Masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi peribadi Bismillah.. Salam ramadhan al mubarak. Hari ini hari ke 2 berpuasa. Syukur Alhamdulillah kerana diberikan kesihatan dan kesempatan pada kita untuk beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Selalunya yang paling sibuk memikirkan juadah untuk anak- anak ialah ibu. Air tangan ibu inilah yang menambat hati dan selera anak- anak. Biar pun makanan yang ibu masak simple. Namun tetap yang terbaik untuk anak. Semalam sempat saya membuat puff inti ayam dan kentang. Tak sangka anak- anak suka. Katanya, ummi adik sukalah pa yang ummi masak. Puff ini sedap, nanti buat lgi ye.. Kembang ummi dengarnya.  Bukan apa, Haziq kalau nak tau, kenapa sedap, sebab ummi masak ni ikhlas dengan penuh kasih sayang tau ummi buat tadi. Ummi nak anak- anak ummi suka. Betul pun apa yang ummi niatkan tadi. Oh, patutlah sedap. Esok ummi masak lagi kuih lain dengan ikhlas tau. Boleh Haziq, asalkan anak ummi suka ummi buatkan. Terima kasih ummi, balas...

Resepi Kuih Kaswi

Bismillah ..  Kuih kaswi antara kuih kegemaran. Sesekali dapat makan kuih kaswi memang sedap. Lebih-lebih lagi masa makan tu ,kuih masih suam-suam. Kalau buat sendiri memang puas hati. Pernah dengar tak ada orang buat kuih kaswi guna kicap. Tapi saya tak pernah buat. Untuk apa sebenarnya saya tak pasti.  Resepi kuih kaswi  2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana 1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar 7 cawan air 1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air Bahan lain: Kelapa parut muda Sedikit garam Cara cara: Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.  Akhir sekali, masukkan air kapur dan ...

Tips Mudah Ajar Anak Berpuasa

Teks: Zanariah Kamal Foto : Google Bismillah.. Assalamualaikum... Lama rasanya tidak meninggalkan catatan di blog ini. Cuti sekolah selama 2 minggu tempohari memang agak sibuk. Sibuk menguruskan kedai. Pertama kali menjaga kaunter, menjadi cashier memberi banyak pengalaman. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Maklumlah saya ni seorang yang agak pemalu. Dua hari lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan. Bulan yang penuh barokah dan rahmat Allah. Bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat IsSemoga kita semua dapatlah menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Dikurniakan kesihatan yang baik, dan bersedia menguruskan anak-anak kecil ketika berpuasa. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, cabarannya lebih hebat lagi. Iaitu cabaran untuk mengajak anak untuk berpuasa bersama-sama. Untuk mengajak mereka, kita kena jadi kreatif sikit. Lebih-lebih lagi ketika mengejutkan bangun sahur. 1. Mula Bercerita Tentang Ramadhan Dari Awal Ibubapa s...

Sabarlah Wahai Hati!

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Menulis dan terus menulis. Mungkin di sini tempat meluahkan rasa hati. Luahkanlah dengan ikhlas, agar apa yang terbuku dalam hati dapat dirungkaikan. Jangan disimpan, mungkin akan menjadi lebih parah lagi.  Kita ni manusia , kalau tidak di uji bagaimana kita boleh mendapat apa yang dijanjikan Allah di akhirat sana. Hidup ini sayang, penuh ujian. Ujian kita tiada persamaan namun pengakhiran itulah yang akan dinilai Allah. Ingatkah kita, peringatanNya, tiada teruji iman seseorang andai belum diduga. Jangan dikata kita beriman, andai tewas perasaan, dihina keyakinan, disisih ketaqwaan. " Wahai wanita beriman apabila diuji, akan kembalikan hati dan keyakinan kepada Pemberi ujian. Ketika itu dia akan berserah penuh pergantungan dan tentu berhikmah ujian yang datang. Jika tidak di dunia sana menanti penuh simpati, penuh janji. " Kadang- kadang kita rasa terlalu berat ujian ini, tapi ketahuilah, "Allah tidak akan membebani seseor...

Resepi Asam Pedas Ikan Duri Terbaik!

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah.. hari ini baru berkesempatan menulis dalam blog kesayangan ini. Maklumlah sibuk dengan urusan kedai. Rasa macam nak pitam bila terkejar-kejar dari KL ke Melaka setiap hujung minggu. Penat usahlah cakap. Tapi ada pepatah kata, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Kedai  sepatutnya mula beroperasi sepenuhnya pada awal bulan Mei. Atas faktor-faktor dan masalah teknikal kami mulakan juga operasi dalam keadaan serba kekurangan. Mudah-mudahan selepas ini kami dapat memenuhkan kedai kami dengan pelbagai produk  dan menepati citarasa dan keperluan orang ramai. Baru-baru ini, saya dapat makan asam pedas ikan duri yang emak masak. Sedap sangat, tak berubah rasa masakan emak sejak kami kecil lagi. Memang saya suka apa saja yang emak masak. Kalau asam pedas memang bertambahlah saya dan anak-anak makan.  Sambil menyuap nasi ke mulut, sempat bertanya emak resepinya. Emak kata macam biasa cuma asam dengan ramuan kena...

Resepi Biskut Tiramisu Kastad Mudah Dan Sedap

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum semua. Hari ini nak kongsi resepi biskut tiramisu kastad. Berkastad pulak kali ni. Ye, sebab saya dan anak-anak memang suka kastad. Kalau hari-hari ada cream kastad pun anak tak jemu. Cara nak buat  senang sangat. Semudah ABC Ikut resepi yang saya kongsikan di bawah ni ye.Terima kasih kak Nor sebab kongsi resepi ni. Bahan-bahan  1 tin susu cair 1 tin air 6 sudu besar tepung kastad 3/4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanila Biskut ikut suka saya guna biskut crackers atau nama lain biskut lemak/biskut kering Caranya Masak 1 tin susu cair+1 tin air+6sdb tepung kastard+3/4sdb gula+1sdt esen vanilla.Masak dengan api yang perlahan dan kena selalu kacau sampai pekat..Tutup api.Ketepikan.. Susun biskut dalam loyang atau bekas.Kemudian tuang adunan kastard tadi sampai penuh tutup biskut.Lepas tabur serbuk milo.Kemudian ulang step sehingga habis.Dah siap boleh simpan dalam peti sejuk dan sejukkan... Bila dah...