Skip to main content

Posts

Anak Ummi Sakit, Moga Cepat Sembuh!!!

Teks: Zanartiah Kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah.. Assalamualaikum...lama juga saya tak update blog.. Blog pun sunyi je rasa. Bila anak sakit semua kerja tak boleh buat. Hati runsing, risau dan stress sikit. Sekarang bersiaran dari dalam ward kk6 pediatrik HKL. Menemani anakanda Fayyadh mendapat rawatan di sini. Hari ini Jumaat 31 July 2015 hari ke 5 Fayyadh menjadi tetamu wad kk6. Bagaimana Fayyadh boleh ke sini? Nak certita sikit detik- detik cemas saya bersama Fayyadh. Mula- mula Fayyadh batuk sebelum raya. Ingatkan batuk biasa saje. Sebab dalam bulan puasa tu Fayyadh makan buah rambutan banyak. Hari raya ke 2 Fayyadfh demam. Saya lap badannya , tak bagi ubat pun, sebab saya tahu Fayyadh tak suka makan ubat. Hati ini dah rasa tak seronok dah. Dalam hati dah berkata- kata janganlah berjangkit dengan kakak Danisha. Ermm.. Betul pun demam. Kakak demam 2 hari je.. Tapi masih batuk-batuk. Kami pun bawa balik Fayyadh ke KL. Dalam kereta Fayyadh dah menggigil, sej...

Resepi biskut suji sedap dan mudah

Teks : Zanariah Kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah.. Alhamdulillah.. Hari ini hari ke 20 ramadhan, inshAllah semoga kita dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna. Perbanyakkan doa minta Allah ampunkan dosa- dosa kita, dosa kedua ibu bapa kita, suami dan anak anak. Terasa cepat sangat ramadhan berlalu, meninggalkan baki 9 hari  untuk kita kejar dan kecapi nikmat dalam bulan ramadhan. Tak mahu cerita panjang sangat. Sebab saya nak kongsi resepi bskut suji atau nama lain biskut arab. Salah satu biskut kegemaran kami sekeluarga. Hari ini nak kongsi resepi mudah hanya ikut sukatan cawan. Kalau sahabat kita tak ada penimbang pun tak mengapa. Bahan- bahan 2 1/2 cawan tepung gandum (dipanaskan sebentar dalam kuali)  1 cawan minnyak sapi 1 cawan gula ising Ceri merah untuk hiasan ( takde pun takpe rasa tetap sama) Cara Ayak tepung dan gula dalam bekas untuk buang ketulan. Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Guna tangan, ramaskan. Tak perlu guna mixer,...

Resepi biskut sarang semut sedap garenti jadi

Teks: Zanariah Kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah.. Alhamdulillah hari ni hari ke 18 ramadhan. Pejam celik pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung ramadhan. Tentu ramai yang sibuk membuat persiapan. Bagi saya persiapan ala kadar sahaja. Kuih raya pun buat 2 3 jenis yang anak gemar. Baru- baru ni buat biskut sarang semut dibantu anak dara saya Danisha. Teruja nak makan kuih raya yang di buat sendiri. Resepi ini saya google di internet. Salin di kertas dan buat 2 adunan. Punyelah sedap sarang semut saya tinggal separuh. Esok kenalah buat lagi 2 adunan. Resepinya seperti ini ye saya kongsikan. Bahan2 1 buku butter cup 250 g 200 gram tepung jagung 2 biji kuning telur 125 g gula icing 275 g tepung gandum 1/2 sudu kecil esen vanila Coklat rice untuk hiasan Paper cup Caranya, Seperti biasa pukul gula dan buttet hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila., kacau lagi. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sebati. Biladah jadi d...

Cerpen: Diari Ramadhan Saffiah

Teks : Zanariah Kamal Cerpen : Diari Ramadhan Saffiah Episod 1# Abang, tahun ni sayang nak tema baju raya warna merahlah. Ujar Saffiah kepada suaminya Halim yang sedang bersiap sedia mengenakan kopia untuk ke masjid mendirikan solat sunat terawih. Boleh je yang, awak nak apa saja boleh. Tapi duit untuk beli pakaian belum ada lagi. Abang nak kumpul duit untuk bayar zakat fitrah dan selesaikan hutang bank yang tertunggak dulu. Halim memang seorang suami yang baik. Tutur katanya selalu buat hatinya gembira. Tak pernah rasa nak marah pada Saffiah walaupun kadang kala sikap Saffiah yang keanak- anakkan.  Takpelah bang, ada rezeki nanti kita beli baju ikut temalah ye, kuih raya sayang dah beli bahan-bahan sikit-sikit guna duit sayang simpan. Duit yang abang beri dan duit jualan baju muslimah sayang ada simpan. Dalam hati Saffiah sedikit terkilan, bila suami kata belum ada duit. Saffiah seorang yang sensitif tapi tidak cerewet kerana memahami keadaan suami yang banyak tanggung jawab...

Masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi peribadi Bismillah.. Salam ramadhan al mubarak. Hari ini hari ke 2 berpuasa. Syukur Alhamdulillah kerana diberikan kesihatan dan kesempatan pada kita untuk beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Selalunya yang paling sibuk memikirkan juadah untuk anak- anak ialah ibu. Air tangan ibu inilah yang menambat hati dan selera anak- anak. Biar pun makanan yang ibu masak simple. Namun tetap yang terbaik untuk anak. Semalam sempat saya membuat puff inti ayam dan kentang. Tak sangka anak- anak suka. Katanya, ummi adik sukalah pa yang ummi masak. Puff ini sedap, nanti buat lgi ye.. Kembang ummi dengarnya.  Bukan apa, Haziq kalau nak tau, kenapa sedap, sebab ummi masak ni ikhlas dengan penuh kasih sayang tau ummi buat tadi. Ummi nak anak- anak ummi suka. Betul pun apa yang ummi niatkan tadi. Oh, patutlah sedap. Esok ummi masak lagi kuih lain dengan ikhlas tau. Boleh Haziq, asalkan anak ummi suka ummi buatkan. Terima kasih ummi, balas...

Resepi Kuih Kaswi

Bismillah ..  Kuih kaswi antara kuih kegemaran. Sesekali dapat makan kuih kaswi memang sedap. Lebih-lebih lagi masa makan tu ,kuih masih suam-suam. Kalau buat sendiri memang puas hati. Pernah dengar tak ada orang buat kuih kaswi guna kicap. Tapi saya tak pernah buat. Untuk apa sebenarnya saya tak pasti.  Resepi kuih kaswi  2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana 1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar 7 cawan air 1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air Bahan lain: Kelapa parut muda Sedikit garam Cara cara: Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.  Akhir sekali, masukkan air kapur dan ...

Tips Mudah Ajar Anak Berpuasa

Teks: Zanariah Kamal Foto : Google Bismillah.. Assalamualaikum... Lama rasanya tidak meninggalkan catatan di blog ini. Cuti sekolah selama 2 minggu tempohari memang agak sibuk. Sibuk menguruskan kedai. Pertama kali menjaga kaunter, menjadi cashier memberi banyak pengalaman. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Maklumlah saya ni seorang yang agak pemalu. Dua hari lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan. Bulan yang penuh barokah dan rahmat Allah. Bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat IsSemoga kita semua dapatlah menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Dikurniakan kesihatan yang baik, dan bersedia menguruskan anak-anak kecil ketika berpuasa. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, cabarannya lebih hebat lagi. Iaitu cabaran untuk mengajak anak untuk berpuasa bersama-sama. Untuk mengajak mereka, kita kena jadi kreatif sikit. Lebih-lebih lagi ketika mengejutkan bangun sahur. 1. Mula Bercerita Tentang Ramadhan Dari Awal Ibubapa s...