Saturday, 6 September 2014

Gundah Gulana!!

Teks : Zanariah Kamal

Bismillah..
Assalamualaikum..

Semakin dekat, makin sibuk, makin debar hati ummi. Afiq jangan cakaplah kadang-kadang steady, kadang-kadang nampak risaunya.

Macam gini  rasa hati ibu tatkala anak nak ambil periksa rupanya. Pertama kali mengalaminya. Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Termasuk ummi. 

Ada juga suara-suara yang nampak macam tak meyokong pun ada. Ada juga yang menyokong. Yang tak sokong tu mulalah cakap, nak buat apa susah-susah baru UPSR. Tak payah belajar sangat ilmu dunia je tu. 

Aduh!! Sakit juga hati ummi mendengarnya. Jika yang bercakap tu, anak tak pandai tak de lah ummi heran. Tapi boleh dikatakan separuh anaknya dah ke menara gading. Tak kan boleh ke universiti kalau tak belajar bersungguh-sungguh.

Walau apa pun ummi  ada rasa nak tengok anak berjaya . Ummi akan bantu Afiq , beri tunjuk ajar apa yang ummi tahu. Selebihnya berserah pada Allah.

Siang tadi Afiq suruh Ummi berpuasa pada hari peperiksaan nanti. Ummi kata Insha Allah, sebab waktu tu tak pasti dapat ke tidak, maklumlah dah sampai masa cuti rehat kaum wanita selama seminggu.

Diam je Afiq, berharap sangat ummi dapat bantu. 

Ummi pun kata pada Afiq, " Afiq pun kena berdoa juga". Harap-harap Afiq tak malas berdoa. Tengok macam roket je. Cepat-cepat lipat sejadah.

Sambung kemudian cerita ye, anak-anak dah sampai dari  pasar malam. Suruh mereka tengok makcik jual kuih akok tu ada jual tak. Hampa, tak de lagi. Manalah perginya makcik tu ye, dah lama tak berniaga. Nampaknya ummi kena google resepi akok pulak lepas ni. Buat sendiri manalah tahu menjadi. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...