Skip to main content

Tercari-cari homestay murah di Kuala Lumpur?

Teks: Zanariah Kamal
Foto: Koleksi Peribadi

Tercari-cari homestay murah di Kuala Lumpur?  Menghadiri konvokesyen atau melawat anak-anak di Universiti Malaya? Kalau menginap di hotel, sah-sah kalau datang bersama keluarga yang ramai perlukan 2-3 bilik. Mahu cecah Rm400+ untuk 2-3 bilik menginap di hotel tersebut. Anda boleh jimatkan wang anda. Menginap di Ummi Homestay.

Sebut pasal homestay ini, saya mencadangkan singgah dan menginap di Ummi Homestay Pantai Dalam . Service rumah pangsa 3 bilik fully furnished yang agak selesa. Terletak di Pantai Dalam berdekatan dengan Angkasapuri. Lokasinya yang agak strategik yang berhampiran dengan exit utama memudahkan lagi perjalanan sekiranya menginap di sini.

Apa yang menariknya nak cerita pemandangan dari depan Ummi HomeStay ialah Menara Rebung TM. Sekiranya anda datang dari jauh boleh lihat bangunan tersergam itu dari sini. Ummi Homestay masih lagi baru dan tempatnya agak selesa dengan “guarded” membuatkan hati lebih terasa selamat untuk menginap di sini.



Apa yang menarik lagi nak cerita Ummi Homestay ni terletak di kawasan yang terkenal dengan tempat Jalan-jalan cari makan. Restoren taraf 4 bintang pun ada. Tidak sah kalau jalan- jalan tak makan. Mesti nak pekena menu istimewa bukan? Jadinya kalau bab nak cari kedai makan di sini, memang tiada masalah.

Sekiranya anda menginap pada hari Sabtu dan Ahad boleh jalan- jalan di pasar malam dan pasar tani. Anda boleh berjalan kaki dari Ummi Homestay. Tapak pasar malam dan pasar tani adalah di jalan raya bersebelahan Flat Pantai Permai. Di sinilah tapak pasar malam pemandangan boleh di lihat dari Ummi Homestay.

Terdapat banyak lagi kemudahan lain yang ada di sekitar Ummi Homestay. insha Allah saya akan kongsikan dalam entri akan datang.




Untuk tempahan sila hubungi Pn Zana 014-2375657 @ En Aziz 017-2304841  







Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...