Skip to main content

Menabung Dengan Niat

Teks: Zanariah Kamal


Bismillah..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk menulis. Hidup yang semakin indah dikelilingi anak-anak yang semakin membesar. Dalam pelbagai karenah dan ragam membuat ummi semakin kuat dan tabah. Ujian tetap datang, dengan ujian ini membuat ummi rasa bersyukur kerana ummi telah disedarkan oleh Allah. Ummi rasa insaf, dan rasa terlalu banyak dosa. Mungkin ini cara Allah menegur. Ummi redha atas segalanya.

Tak lama lagi kita nak menyambut hari raya aidill adha, dengan nama lain raya haji. Tiap hari ramai saudara kita berangkat ke tanah suci Mekah. Ada juga kawan- kawan ummi yang masih muda dapat menunaikan haji pada tahun ini.

Bila tengok teman- teman pergi menunaikan haji pada usia yang muda dan sihat, tiba- tiba hati terasa juga ingin ke sana. Mungkin juga boleh buat umrah dulu. Nak buat umrah nak pakai duit banyak juga. Dah ada simpanan ke?

Bercakap mengenai ibadah Haji, ummi yakin dan percaya ramai umat Islam, tidak kira keluarga, rakan-rakan dan sesiapa saja mengimpikan untuk ke tanah suci Mekah bagi melengkapkan rukun Islam kelima ini tetapi beberapa perkara menjadi halangan. Antaranya ialah kewangan yang masih tidak mencukupi.

Simpanan memang perlu ada. Macam mana cara sekalipun kita mesti menabung. Menabung yang mana kita mampu. Setiap hari, setiap bulan ke. Bagi ummi yang tak bekerja ni lain pula caranya. 

Bagi yang ada gaji bulanan mungkin boleh simpan banyak setiap bulan. Ummi akan simpan duit syiling dan wang kertas RM 5 sahaja. Dan ada 3 jenis tabung semuanya.

Tabung duit RM5, jika ada ummi simpan.
Tabung duit syiling setiap hari simpan sebab banyak duit syiling lebih beli barang dapur.
Tabung khas untuk menunaikan Haji.

 Anak-anak pun tahu itu tabung haji ummi dan ayah. Mereka akan tolong masukkan duit ke dalam tu. Seminggu RM 20. Anak-anak akan masukkan duit sambil cakap ini duit ummi dan ayah nak gi haji. Seronok sangat sungguh memotivasikan. Anak- anak sungguh kreatif, siap tulis besar- besar Tabung Haji. Manalah tahu doa anak Allah makbulkan suatu hari nanti. Mudah-mudahan Allah terima.

Nak cerita pasal tabung lagi, tabung tu dibuat dari kotak bentuk 3 segi. Suami yang designkan. Besar dan tinggi, Insha Allah dah  penuh baru buka dan kira. 

Kalau ada yang nak cuba cara ummi menabung bolehlah ye. Atau mungkin ada idea lagi menarik boleh juga kongsikan di sini.

Sekian jumpa lagi.

Moga Allah Sayang, Moga Allah Redha




Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...