Ummi HomeStay Sudah Dibuka Untuk Tetamu

Teks: Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi

Alhamdulillah...
Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan.

Rezeki ummi dan keluarga dapat mengembangkan perniagaan keluarga. Alhamdulillah , pagi Jumaat yang mulia dengan rasminya Ummi HomeStay di buka untuk tetamu.

Belum sempat ummi merakam foto- foto di dalam rumah. Baru sahaja siap mengemas dan membaik pulih keadaan rumah. Rumah pun sudah bersih dan kemas. Sudah bersedia untuk menerima tetamu.

Alhamdulillah, ummi mendapat panggilan yang tak putus-putus sejak semalam. Rupanya ada program di Universiti Malaya.

Mungkin ada yang tidak tahu di mana lokasi Ummi HomeStay. Sebenarnya sangat mudah nak cari. Terletak bersebelahan Lebuhraya NPE Pantai Dalam.

Anda boleh lihat bangunan bewarna pink cream seperti dalam gambar ini. Lagi satu bangunan ini juga terletak bersebelahan dengan stesen minyak Petronas NPE.

Sangat mudah bagi yang biasa di Kuala Lumpur. Bagi anda yang dari luar boleh terus mencari Pantai Dalam. Google map mesti jumpa.

Lagi satu, bila dah sampai Perumahan Pantai Permai, ada security di depan pintu masuk. Maklumkan sahaja anda tetamu untuk HomeStay. 

Sekian untuk makluman. Jumpa lagi.




Comments

Popular Posts