Skip to main content

Sabar Atas Ujian, Allah Kan Ada

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah...
Assalamualaikum..berpagi- pagian dengan rasa syukur. Walau semalam tak cukup tidur sebab sembang dengan kawan. Membincangkan isu hangat.

Positifkan minda, ceriakan hati dan tabah. Cabaran buat anak ummi Muhammad Afiq yang menduduki UPSR pagi ini dengan rasa tak berapa seronok.

Hajat semua nak habiskan peperiksaan hari ini. Disebabkan ada insan yang tidak amanah , tidak jujur dan tidak bertanggung jawab membocorkan soalan periksa. Mata pelajaran sains ditangguhkan  pada 30 /9/2014.

Afiq anak yang baik, jujur dan dedikasi, kuat usaha. Ummi akan selalu mendoakan Afiq. Walau sedikit air mata tumpah pagi tadi ketika ummi sampaikan berita tentang penangguhan kertas sains. Afiq nampak tidak berpuas hati.

Teruskan usaha anakku. Kita dah berusaha, Allah yang akan menilainya. Semua yang berlaku dah tertulis. Ummi sayang Afiq sampai akhir nafas.

Mood nak memujuk anak, beginilah bunyinya. Bagi semangat kat anak yang kecewa atas apa yang terjadi. Bersabarlah, Allah kan ada.

Selaku ibu  carilah masa atau peluang untuk mendengar luahan hati anak. Ibu kena bijak mengawal emosi. Agar hati anak yang bersedih tidak bertambah sedih..

Anak-anak juga memerlukan sokongan ibu bapa dalam menangani masalahnya. Mereka memerlukan sentuhan fizikal yang mantap. Peluklah anak  selalu walau anak tu dah besar meninggi dari kita.

Ummi nak jadi ibu bijak agar anak- anak juga akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.

5.00 petang

Afiq dah balik dari sekolah. Seperti biasa ummi tak sabar nak dengar apa yang Afiq nak cerita berkaitan exam.

Beri salam, terus masuk ke bilik. Tak mahu bercakap. Sembam muka ke bantal. Menangis rupanya anak bujang ummi.

Ligat juga ummi memikirkan apa kata- kata terbaik nak pujuk Afiq. Rupanya Afiq letih. Lepas tu sedih, kenapa nak jawab exam 2 x.

Syukur juga ummi tenang dan boleh bagi semangat semula. Inilah kisah hari ini bersama anak sulong Afiq.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...