Skip to main content

Jenguklah ibu bapa kita walau seketika!

Teks: Zanariah Kamal


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur atas nikmat kesihatan, kasih sayang suami dan anak- anak , emak abah dan adik-adik. Dikelilingi teman- teman yang positif dan baik hati. Semua ini adalah satu nikmat yang sangat berharga sekali buat diri saya.

Hujung minggu sempat pulang ke kampung menjengah emak abah dan mertua. Saya rasa lapang dan tenang sekali bila dapat tengok wajah mereka. Walaupun hanya seketika.

Kesibukan dalam urusan kerja dan keluarga membuatkan kita jarang dapat menatap wajah ibu bapa kita. Sesekali bertemu betapa redup matanya dan kulit pun nampak jelas garis- garis kedut. Aduh! Sayu hati ini. Inilah dia ibu, yang menyuap makan ke mulut kita, berjaga malam ketika kita sakit sewaktu kita kecil. Memang kelihatan tenaga pun makin lemah. Namun semangatnya kuat. 

Ya Allah, jadikanlah aku anak yang selalu dapat berbakti pada kedua ibu bapa. Teringat, mata- mata inilah yang tidak tidur malam kerana karenah anak- anak. Tidak akan lupa keringat yang tumpah membesarkan anak- anaknya iaitu kami lima.      beradik.

Hormati dan sayangi ibu bapa kita tanpa syarat. Kita semua sudah biasa diingatkan supaya menghormati dan menyayangi mereka. Ibu tak pernah minta segala jasanya dibalas. 

Hati ibu dan juga bapa hanya berharap dapat menatap wajah anak- anak. Betapa rindu mereka pada anak- anak, Mana mungkin mereka lupakan gelagat kita masa kecil hingga dewasa, satu persatu tetap terpahat di ingatan. Saya yakin semua kenangan itu membuatkan ibu bapa kita rindu.

Kepada yang masih ada ibu dan ayah, jenguklah mereka walau sebentar. Semoga kehadiran kita meringankan beban rindu. Marilah kita sayangi dan hormati mereka seikhlas hati. 

Kalaupun ada pendapatnya yang kita tidak setujui, tanganilah dengan berhemah atau lebih baik berdiam diri sahaja. Janganlah menunjukkan diri kita lebih hebat dan lebih tahu dari mereka. Dari sudut pandangan agama kita, taraf kedua ibu bapa kita selamanya melebihi kita. Merendah diri dan bersopanlah di hadapan mereka.

Islam juga ada mengingatkan kita bahawa pada ibu bapa ada ruang untuk kita meraih pahala yang besar, pada masa yang sama juga ia boleh membawa seseorang anak ke neraka, Nauzubillah! 

Oleh itu rebutlah peluang untuk ke syurga dengan satu kunci. Iaitu hormati dan sayangi ibu bapa kita. Jangan sesekali buat mereka terasa hati dan marah pada kita. Mohonlah ampun selalu padanya. Allahu Akbar, sebak rasa hati. 

Catatan ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. 

Semoga Allah Sayang
Sermoga Allah Redha







Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...