Skip to main content

Tips Keselamatan Di Rumah Untuk Bayi 3-5 Bulan

Teks: Zanariah Kamal
Foto: Koleksi peribadi

Bismillah...
Assalamualaikum..
Teruja pagi ni macam saya ni ada anak kecil pulak. Sebenarnya saya suka tengok dan ambil tahu perkara yang berkaitan dengan anak. Anak saya dah besar sekarang lebih kepada tambah ilmu nak mendidik mereka saja.

Semalam adik lelaki saya, bagitahu anaknya yang berumur 4 bulan dah pandai merangkak. Boleh dikatakan aktif. Maklumlah anak lelaki, faham- faham jelah. Tak terkecuali juga ada anak perempuan yang lasak. Mereka semua dalam proses belajar. 
Jadinya isteri adik iaitu adik ipar mendapat idea buat projek ini untuk anaknya bermain dan tidur di situ.

Emmm....saya cakap kat adik idea yang baik juga. Katanya modal beli barang RM100. Kalau upah orang buatkan RM200 lebih. Tapi adik buat sendiri je. Orang kata DIY lagi puas hati, jimat belanja. Lagipun bukan susah sangat pasang skru je. 

Bila anak dah duduk di dalam, takdelah penat mengejar, mengangkat anak. Anak leka bermain di dalamj.


Ini antara alatan yang diperlukan untuk projek 


Skru sahaja penyangkut 

Ini hasil yang telah di cantum..pilih biru sebab boy, kayu ni ada macam warna dan saiz

Pandangan keseluruhan projek. Untuk keselamatan boleh letak tilam atau tikar yang anjal..sekarang banyak jual tikar plastik RM10

Mainan anak boleh diletak di dalam.. Sambil bermain dan belajar.. Ibu atau ayah pantau saja.. Tak bimbang anak merangkak ke bilik air, main iron, main suiz dan macam2 lagi.. Sebab kadang- kadang bila kita dah penat jaga boleh tertidur kan...taklah anak yang bijak ini merayau dan buat benda bahaya.. Kan selamat..


Tapi kena ingat juga, ini bukanlah tempat untuk kita tinggal
kan saja anak tanpa kawalan.. Tempat ini boleh diletakkan di tempat yang sesuai dan senang untuk kita perhatikan jika ibu nak buat kerja..

Sekian, sekadar berkongsi. Mudah- mudahan bermanfaat. 

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...